JURANG usia 53 tahun tidak menjadi halangan buat pasangan ini kekal bahagia.

Mendirikan rumah tangga pada 2015, kini Gary Hardwic dan isteri, Almeda Errel bahagia menyambut ulang tahun perkahwinan keenam baru-baru ini.

Difahamkan, bibit cinta pandang pertama antara kedua-duanya bermula selepas bertemu pada majlis pengebumian anak Amelda.

Ketika itu, Gary baru sahaja berpisah dengan kekasihnya yang berusia 77 tahun manakala Amelda adalah balu kematian suami.

Melalui laman Instagram Gary yang berasal dari Tennessee menulis ucapan yang romantis buat Amelda.

Gary dan Amelda pada hari perkahwinan mereka.

“Selamat ulang tahun buat wanita yang paling hebat di dunia.

“Enam tahun lalu saya telah membuat keputusan yang tepat dalam hidup dengan menyebut “I do” semasa perkahwinan kita.

“Anda menjadikan saya lelaki yang paling gembira setiap hari dan saya sangat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai anda di sisi saya sepanjang perjalanan hidup,” titip Gary.

Iklan

Terdahulu, perkahwinan pasangan itu diitentang keluarga. Anak lelaki Amelda tidak bersetuju dengan perkahwinan ibunya dan kini tidak bertegur sapa selepas wanita itu bertemu Gary.

Bagaimanapun perkahwinan pasangan yang menetap di Tennessee itu disambut baik cucu-cucu Amelda walaupun pada awalnya sukar menerima kenyataan.

Iklan

Baca juga: Terkejut lihat isteri tanpa mekap, lelaki rasa tertipu failkan cerai walau baru sebulan kahwin

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Ladbible