BENARLAH kata orang, kuasa solekan itu besar impaknya hingga menyebabkan penampilan seseorang nampak lebih menyerlah.

Seorang lelaki bertindak memfailkan penceraian terhadap isterinya yang baru dinikahi sebulan.

Lapor Gulf News, lelaki berkenaan terkejut menatap wajah isterinya pada waktu pagi, sehari selepas majlis perkahwinannya.

“Saya rasa tertipu dengannya kerana dia pernah memakai solek tebal sebelum berkahwin. Dia kelihatan hodoh tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.

Lelaki tersebut turut mendedahkan perkenalan awal mereka menerusi Facebook.

Di laman sosial itu, isterinya menyiarkan banyak gambar cantik memakai solek penuh. Selepas itu mereka bertemu beberapa kali dan memutuskan untuk berkahwin.

“Tetapi selepas perkahwinan saya melihat wajah sebenar dia tanpa solekan.

“Saya terkejut … kerana dia tidak kelihatan seperti orang yang saya temui beberapa kali sebelum ini,” kata pengadu kepada mahkamah.

Dia menambah: “Saya melihat gambarnya di Facebook, dia kelihatan sama sekali berbeza apabila dia tidak memakai solek. Saya tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki berkenaan.

Iklan

Dia berkata, dia menfailkan penceraian kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya.

Ramai yang mengetahui, kini banyak aplikasi fotografi yang menggunakan pelbagai ‘filter’ yang membuatkan kita tampil menarik walaupun tanpa solekan.

Justeru, berpada-padalah dalam menilai kecantikan di alam maya, yang indah dilihat tidak semestinya kecantikan asli.

Iklan

Baca juga: Isteri leka berTikTok diugut cerai, suami cemburu

Baca juga: Gara-Gara Sorok Daripada Isteri, Lelaki Berputih Mata Duit Puluhan Ribu Digigit Tikus

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Gulf News