Wang kertas tanpa muka, lelaki ini bakal bergelar orang kaya

A
A
A

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan betapa bertuahnya seorang lelaki di Britain apabila dilaporkan telah menjumpai sekeping wang kertas yang mempunyai nilai yang tinggi kerana kesalahan cetakan atau juga dikenali sebagai matawang error.

Untuk melihat dan merujuk berkaitan matawang error ini amatlah susah kerana tiada bahan rujukan yang dapat membincangkannya.

Namun kehadiran matawang error itu boleh diumpamakan seperti satu tuah dan eset yang bernilai tinggi kerana ianya adalah sebahagian daripada keluarga koleksi matawang yang sentiasa dicari oleh penggemarnya.

Memetik laporan The Sun, lelaki yang dikenali sebagai Peter Coleman dikatakan bakal bergelar orang kaya baharu selepas secara tidak sengaja memiliki wang kertas £10 (RM57.30) yang dicetak tanpa wajah Ratu Elizabeth. Wow! Rare juga tu!

Coleman yang juga merupakan seorang persara berumur 72 tahun itu pada mulanya terkejut melihat wang kertas miliknya itu tiada wajah monarki Britain seperti wang kertas lain.

Dia mendakwa memperoleh wang ganjil itu ketika menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) baru-baru ini.

Menurut Coleman, mulanya dia hanya menganggap wang kertas itu tidak boleh digunakan kerana kesilapan semasa proses cetakan, namun ia disahkan tulen dan mempunyai nilai sama seperti wang kertas £10 lain.

Hal tersebut mula disedari apabila Coleman cuba menggunakan wang itu di sebuah kedai serbaneka.

Pekerja di situ pada mulanya enggan menerima wang tanpa wajah itu tetapi mengubah fikiran apabila mesin pengesan wang palsu menunjukkan nilainya tidak berubah dan sah digunakan.

“Saya memberitahu pekerja itu bahawa saya mahu menyimpannya kerana berasakan ia akan membawa tuah,” katanya penuh harapan.

Tambah Coleman, dia tidak akan teragak-agak untuk melelong wang kertas bertuahnya itu jika ada pihak yang berminat membelinya.

Mengikut pakar-pakar pengumpul koleksi wang kertas, wang tanpa wajah £10 milik Coleman dianggarkan mampu mencecah ribuan pound jika dilelong! Wow, untung bukan?

Secara ringkasnya, terdapat beberapa kategori kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan sesuatu wang kertas itu dikategorikan sebagai matawang error. Antaranya adalah seperti :

  1. Kesilapan semasa cetakan

Double Printed - Cetakan bertindih menyebabkan matawang itu ada dua imej gambaran cetakan yang bertindih samada cetakan muka yang sama atau yang terbalik.

Missed Printed - Cetakan yang tidak sempurna menyebabkan matawang tersebut sebahagiannya tertinggal atau tidak dicetak atau berlaku 'alur cetak' atau 'gutter print' yang tertinggal cetakan kerana kemungkianan kertas tersebut terlipat semasa cetakan.

Cetakan yang tidak tepat berlaku semasa prograss cetakan berulangkali teralih dari tetapan asal.

Warna atau dakwat cetakan yang tidak sempurana menyebabkan warna sesuatu gambar itu kabur dan tidak jelas atau terdapat juga warnanya luntur seolah-olah warna cetakan itu belum kering lagi.

  1. Kesilapan semasa pemotongan

Extra Paper - Lebihan kertas yang mana wang tersilap potong atau dipotong tidak sempurna menyebabkan wang tersebut tidak sempurna dan terdapat lebihan baki  kertas pada wang tersebut.

Cutting Error Margi - Potongan tidak sama besar melibatkan bahagian kiri dan kanan, atas dan bawah tidak sama besar malahan ada yang terlebih dan sebelah lagi terkecil, namun keseluruhan saiz dan ukuran adalah sama mengikut saiz matawang asal.

Terdapat banyak lagi kategori kecacatan yang ditemui dalam pelbagai kesilapan dijumpai yang akan menjadi koleksi kepada pengumpul matawang Malaysia.

Oleh demikian, sekiranya selepas ini korang temui wang yang tersalah cetak atau lain daripada yang lain mungkin wang tersebut juga boleh dilelong dan bernilai tinggi. Siapa mampu menjangka bukan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang