SUDAH menjadi lumrah bagi setiap wanita untuk kelihatan cantik. Namun, lelaki moden hari ini juga dilihat amat mementingkan penampilan diri.

Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan.

Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.

Namun, lain pula yang dilaporkan berlaku di Hanoi, Vietnam apabila seorang lelaki nekad membuat pembedahan plastik pada wajahnya setelah diejek dan dijadikan bahan jenaka ketika dia ditemu duga kerja.

Lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Do Quyen kini tular di media sosial apabila dia baru-baru ini tampil membuat pengakuan tersebut di akaun TikTok miliknya.

Quyen telah memuat naik satu video di TikTok yang mana memaparkan perubahan dirinya yang drastik seolah-olah dua orang yang berbeza dengan penampilan terbaharunya.

Penampilan terbaharunya itu ternyata mengejutkan kenalan dan ahli keluarga kerana perubahan wajah yang ketara terutama pada bahagian hidung, mata dan juga mulut yang sekali pandang persis artis kpop.

Video tersebut kini berjaya meraih lebih dua juta tontonan malah lelaki itu juga mendakwa berdepan dengan kesukaran menyakinkan orang lain tentang identiti dirinya selepas pembedahan kerana rupanya yang terlalu berbeza.

Lelaki itu yang kini bekerja sebagai jurumekap itu dikatakan menghabiskan $17,400 lebih kurang RM70,470 untuk pembedahan plastik yang melibatkan implan dagu, bibir, kelopak mata dan macam-macam lagi. Semua sekali melibatkan sembilan pembedahan yang dilakukan pada wajahnya.

Walaupun Quyen tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, dia nekad juga untuk membuat pembedahan tersebut dengan menggunakan duit simpanannya sendiri.

Lebih memeranjatkan, semasa pembedahan pertamanya, kedua ibu bapanya langsung tidak kenal dengan wajah barunya.

Iklan

Selepas menjalani beberapa pembedahan plastik, Quyen kerap berkongsikan perubahan drastiknya di media sosial terutama di TikTok.

Dalam pada itu, perubahan wajah Quyen menjadi bahan berita media tempatan di negaranya.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, lelaki ini banyak memberikan kata-kata semangat pada pengikutnya kerana ada juga dalam kalangan pengikutnya yang ingin menjadi seperti Quyen.

Iklan

Tambah Quyen ‘kuncinya’ mudah, kuatkan diri dan sentiasa yakin jika ingin cantik! Bagi Quyen definisi cantik adalah apabila kita berada di hadapan cermin kita berasa puas dan sangat yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

Sementara itu ada juga dalam kalangan warganet seakan meragui kebenaran video tersebut sama ada benar atau pun ia hanya sekadar suka-suka. Jadi, apa pula pendapat korang?

@quyen_do8##howichange ai rồi cũng khác cam ơn ai đó đã bỏ rơi tôi để tôi tìm lại chính mình 😇 ##Thaydoi ##daythithanhcong

♬ nhạc nền – Thiên Tú Singer