KALAU korang nak tahu, udang mempunyai kandungan kalori yang paling rendah dalam kalangan hidupan laut.

Udang juga antara makanan laut yang tinggi kolesterol walaupun mengandungi sumber mineral seperti zink, sodium dan selenium.

Ramai yang suka makan udang, maka tidak hairanlah jika udang menjadi salah satu bahan yang paling banyak dijadikan pelbagai masakan.

Bahagian luar udang yang agak runcing menyebabkan proses untuk membersihkannya agak rumit dan berisiko untuk cedera jika tidak berhati-hati.

Buktinya, baru-baru ini seorang lelaki warga Singapura dilaporkan telah kehilangan sebilangan besar jari telunjuknya akibat tertusuk udang segar.

Lelaki malang tersebut menyedari kecederaan yang dialami begitu serius selepas sehari kejadian.

Namun, mangsa bernasib baik kerana telah segera dirujuk ke jabatan kemalangan dan kecemasan. Jika tidak, perkara lebih buruk mungkin berlaku termasuk kehilangan nyawa.

Kejadian tersebut kini tular dan menjadi bualan warganet selepas kejadian yang berlaku itu dikongsikan oleh rakan mangsa sendiri di laman Facebook pada 9 Julai lalu.

Menurut kiriman tersebut, mangsa tertusuk udang mentah itu semasa sedang membasuh sebelum ia dimasak. Menurut mangsa, dia telah beberapa kali terkena sebelum ini namun kali ini kesannya nampak berbeza dan sangat tidak dijangka.

Lelaki hilang jari akibat tertusuk udang, nasihat orang ramai supaya lebih berhati-hati

Sehari selepas kejadian, jari mangsa telah bertukar menjadi hitam dan mengalami demam ringan.

Iklan

Akibat risau perkara yang lebih buruk berlaku, dia dikatakan pergi ke sebuah klinik dan terus dirujuk ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan.

Selepas menerima beberapa rawatan awal, mangsa segera menjalani pembedahan namun malangnya sebahagian jari telunjuknya terpaksa dibuang.

Lelaki malang itu juga dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selama seminggu dan menghabiskan selama dua hari di Unit Rawatan Rapi selepas pembedahannya.

Memetik laporan Must Share News, mangsa sebenarnya telah diserang oleh sejenis bakteria jahat yang merupakan pemakan daging yang mampu menjangkiti manusia melalui kulit yang rosak.

Iklan

Doktor juga menerangkan bahawa bakteria itu boleh merebak dengan cepat sehingga ke ketiaknya dan anggota badan yang lain.

Ekoran kejadian itu, mangsa juga meminta agar orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membasuh udang atau hidupan laut lain agar dapat mengelakkan kejadian tidak diingini sepertinya berlaku.

So, hati-hati yer korang!