Lelaki ini beli iPhone secara online, terkejut bila meja berbentuk telefon pula yang sampai!

A
A
A

MUDAH, senang dan menjimatkan! Itu adalah merupakan antara kelebihan yang sangat ketara apabila kita membeli belah secara online. Betul tak?

Bayangkan kita boleh shopping pada bila-bila masa sahaja yang kita nak. Waima tengah malam dengan berpakaian tidur sekali pun ia bukanlah satu masalah.

Paling best, kita tak perlu lagi nak hadap beberapa gangguan seperti ‘shop assistant’ yang tugas mereka berdiri di sebelah ‘terpacak’ menunggu kita membuat pembelian. Adakalanya rimas juga bukan?

Lega sangat kerana teknologi sekarang ni dah semakin maju dan segala yang ditawarkan kepada kita mampu membantu dalam mencapai apa yang kita inginkan setiap hari.

Membeli barang secara atas talian memang sesuatu yang memudahkan. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini, ramai yang lebih selesa membeli secara online saja.

Tapi apa yang tak best bila beli secara online, kita tidak dapat melihat sendiri barangan yang ingin dibeli dan hanya perlu bergantung pada gambar yang diiklankan sahaja.

Oleh demikian, baru-baru ini, seorang lelaki di Thailand dilaporkan menghadapi pengalaman yang tidak disangka-sangka akibat daripada membuat pembelian online.

Lelaki berkenaan mendakwa ingin membeli sebuah telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone 7 tetapi agak pelik dengan harga kos penghantaran yang sangat tinggi yang perlu dibayar.

Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah barangan yang dipesan sampai di rumahnya.

Alangkah terkejutnya apabila telefon pintar yang dibeli didatangkan dalam bungkusan kotak yang sangat besar.

Lelaki ini beli iPhone secara online, yang sampai meja gergasi

Setelah bungkusan dibuka barulah dia perasan yang sebenarnya dia telah membeli sebuah meja berbentuk iPhone dan bukannya model iPhone 7 seperti yang diinginkan. Patut la kotak bungkusan juga besar!

Dalam bungkusan tersebut juga kelihatan iPhone gergasi yang sebenarnya digunakan sebagai meja!

Lelaki itu juga mengakui mungkin dia tidak memeriksa perincian barang yang dibelinya dan tersilap pandang semasa membelinya.

Melalui gambaran iklan yang disiarkan berkemungkinan orang ramai juga akan menyangka bahawa ia adalah telefon sebenar jika tidak membaca keterangan barang yang dijual secara teliti.

Lelaki ini beli iPhone secara online, yang sampai meja gergasi

Hasil tinjauan SinarPlus juga mendapati rupa-rupanya memang wujud meja iPhone yang dijual di online malah ianya mendapat sambutan yang cukup baik dari peminat syarikat Apple.

Syarikat 10×10 Korea telah melancarkan meja iPhone dengan laci slot kad SIM. Walaupun penampilannya nampak sangat nipis tetapi laci meja itu nampaknya mempunyai ruang simpanan yang mencukupi untuk anda menyimpan barang.

Meja ini juga mempunyai reka bentuk yang sama dengan model iPhone dengan perincian yang sangat teliti.

Apa yang menarik pembeli juga tidak perlu risau dengan skrin pada meja yang mungkin pecah atau kotor kerana ianya juga turut dipasangkan tempered glass sama seperti telefon. Wow menarik juga bukan?

Struktur meja juga dibuat dengan aluminium berkualiti tinggi yang dapat menahan kerosakan dan kotoran.

Jadi, jika korang ingin membuat pembelian secara online selepas ini sila pastikan baca betul-betul keterangan produk. Jangan pakai beli jer! Nanti silap-silap korang nak beli meja, tapi dapat iPhone yang sebenar pula!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang