Lelaki ini nekad panjat pencawang elektrik gara-gara bertengkar dengan isteri ketiga, siap buat wasiat kepada keluarga

No Image Caption
A
A
A

SEORANG lelaki berusia 60 tahun cuba membunuh diri dengan memanjat sebuah menara pencawang elektrik voltan tinggi.

Dalam kejadian pada petang Isnin lalu, lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal itu tekad memanjat pencawang elektrik itu selepas bertengkar dengan isteri ketiganya ekoran masalah ekonomi keluarga.

Malah, warga emas berkenaan sempat menitipkan wasiat buat keluarga seolah-olah ingin pergi selamanya.

Bagaimanapun, cubaan untuk melompat dari menara berkenaan gagal selepas diselamatkan oleh pasukan bomba.

Kejadian berlaku di Desa Marunda, Daerah Cilincing, Kota Jakarra Utara di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cilincing, Iptu Pilipi Ginting berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai bahawa terdapat orang awam memanjat pencawang elektrik.

Pilipi berkata, siasatan awal menerusi kenyataan anak mangsa mendapati, bapanya berbuat demikian kerana menghadapi masalah dengan isteri ketiganya.

Baca juga: Aisyah Hijanah tunai haji, jelaskan perkahwinan kedua Alif Teega bukan sekadar content. 'Isu poligami bukan untuk raih simpati'

Baca juga: 'Bahagia itu sederhana.' Tukar-tukar hadiah sempena anniversary pertama, video tular pasangan suami isteri sentuh hati warga maya

Baca juga: Kedua-dua ibu bapa didakwa, mengaku tidak bersalah abai Zayn Rayyan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang