Aisyah Hijanah tunai haji, jelaskan perkahwinan kedua Alif Teega bukan sekadar content. 'Isu poligami bukan untuk raih simpati'

No Image Caption
A
A
A

WAH! Tahniah buat usahawan muda, Aisyah Hijanah Azhari bergelar duyufurrahman pada tahun ini.

Bertolak ke Tanah Suci bagi menunaikan haji, pempengaruh berusia 26 tahun itu berkongsi penjelasan tentang tanggapan salah mengenai dirinya yang timbul termasuklah dikatakan menjadikan isu perkahwinan untuk meraih publisiti.

Menurut Aisyah, pernikahan kedua suaminya itu benar dan berkongsi bukti sijil nikah lelaki itu dan madunya.

No Image Caption

"Pernikahan kedua yang telah pun viral tersebut bukanlah content. Mungkin orang melihat saya tenang-tenang saja dan tidak percaya bahawa apa yang berlaku adalah benar.

"Pernikahan itu adalah benar. Saya dan peguam telah pun mendapatkan perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100 peratus pada bulan Februari lalu. Harta sepencarian ini hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas tiga sebab poligami, cerai dan meninggal.

No Image Caption

"Sijil nikah suami bersama wanita berkenaan juga ada pada saya, sebagai bahan bukti yang boleh dibicarakan di mahkamah atas harta sepencarian," katanya.

Ujar Aisyah, suaminya enggan mendedahkan identiti isteri kedua di laman sosial kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat termasuk dirinya sendiri.

"Saya juga tidak menggunakan isu poligami tersebut untuk meraih simpati. Tiada langsung video saya menangis, perli atau berkelakuan menyedihkan sebagaimana yang didakwa oleh page berkenaan," katanya.

Baca juga: Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya

Baca juga: Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Terdahulu, sebuah portal viral di Facebook mendakwa influencer itu menggunakan isu perkahwinan suami sebagai kandungan media sosial, isu pekerja dan audit serta kutipan derma.

Bagi memberikan pencerahan kepada umum, Aisyah mengemukakan penjelasan dan bakal diselesaikan selepas beliau pulang daripada menunaikan haji kelak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang