IPHONE masih baik walau 10 bulan hilang dalam sungai. Ya, ia bukan satu kisah dongeng, tetapi kejadian yang sebenar berlaku.

Menurut BBC Radio, telefon berkenaan ditemui di dalam sungai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Miguel Pacheco ketika beliau sedang berkayak dengan keluarganya di Sungai Wye, Cinderford, Amerika Syarikat.

Tidak hanya membiarkan sahaja, Pacheco telah bertindak membawa peranti itu pulang untuk dikeringkan.

Ujarnya, beliau tidak berfikir peranti itu masih hidup kerana ia dipenuhi air.

“Saya menggunakan pemampat udara untuk mengeringkannya dan terkejut ia masih berfungsi sebaik sahaja dipasang pada pengecas. Saya cuba mengecas pada waktu pagi dan tidak percaya ia boleh dihidupkan,” katanya.

Selepas itu, Pacheco mencuba mencari pemilik telefon itu dengan memuat naik gambar lelaki dan wanita yang tertera pada skrin telefon.

BACA JUGA Telefon dikebas di kedai bakeri, kecekapan polis, kuasa viral berjaya jejaki suspek tak sampai 24 jam

Status Pacheco mendapat perkongsian beribu-ribu orang sehingga pemilik telefon itu, Owain Davies dari Edinburgh, Scotland mengetahuinya.

Mengimbau semula bagaimana telefonnya terjatuh, ujar Davies kepada BBC Radio, beliau melakukan aktiviti berkayak sempena majlis parti bujangnya di Sungai Wye.

Iklan

“Ketika kejadian, pasangan saya berdiri sewaktu menaiki sampan. Hendak dipendekkan cerita, kami berdua terjatuh ke dalam sungai. Ketika itu saya meletak iPhone saya di dalam poket,” katanya.

Sebagai tambahan, SinarPlus akan kongsikan tip yang perlu dilakukan sekiranya telefon anda dimasuki air yang dikongsikan laman web Goodhousekeeping.com:

i) Keluarkan telefon pintar dari air serta-merta dan keringkan dengan teliti menggunakan kain bersih.
ii) Jika telefon dalam keadaan hidup, segera matikan.
iii) Jika boleh, tanggalkan bahagian belakang dan keluarkan bateri. Keluarkan kad SIM dan kad memori jika ada.
iv) Goncang telefon pintar itu perlahan-lahan untuk mengeluarkan sebarang air di dalam telefon.
v) Masukkan telefon pintar dalam semangkuk beras kering dan tutupnya sepenuhnya. Biarkan sekurang-kurangnya 48 jam.
vi) Setelah 48 jam, periksa bahagian telefon supaya bersih daripada habuk beras itu. Kemudian, hidupkan telefon pintar anda dan segera simpan data dalam telefon apabila ia berfungsi kembali.

Iklan

Kepada yang ada masalah sebegitu, apa kata guna cara yang dicadangkan itu. Mana tahu mungkin berkesan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan