MUNGKIN ada dalam kalangan kita yang gemar mendengar muzik ketika tidur. Walaupun ianya satu cara yang memudahkan kita untuk melelapkan mata namun sebenarnya ia mampu memudaratkan deria pendengaran terutama bagi mereka yang gemar menggunakan earphone.

Tambahan pula earphone atau headphone sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat sekarang khususnya anak muda yang gemar memakainya ketika mendengar muzik, bermain game atau menonton filem.

Disebabkan era kini serba canggih, earphone atau juga dipanggil fon telinga juga telah direka tanpa wayar yang mana penggunaannya hari ini menjadi trend ikutan terutama golongan muda.

Dengan memakainya, ia akan membuat seseorang itu nampak seperti ada gaya dan kaya. Mana tidaknya, harga sepasang fon telinga asli keluaran jenama pengeluar telefon popular dunia bukanlah satu benda yang murah!

Meskipun fon telinga tanpa wayar selesa digunakan semasa berbaring, korang tetap perlu berhati-hati.

Jika tidak, korang mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan seorang lelaki ini yang berasal dari Massachusetts, Amerika Syarikat.

Memetik laporan New York Post, lelaki yang dikenali sebagai Brad Gauthier dilaporkan memakai fon telinga tanpa wayar, Apple Airpods, untuk mendengar muzik sebelum tidur.

Lelaki tertelan Airpod semasa tidur, tersekat pada kerongkong

Apabila dia bangun tidur pada keesokan paginya, salah satu fon telinga itu sudah tiada.

Namun, Gauthier bingung dan tidak tahu ke mana hilangnya Airpod tersebut. Dia kemudiannya meneruskan rutin hariannya seperti biasa dan sempat menyodok salji dari laluan masuk ke rumahnya tanpa mengesyaki apa-apa.

Apabila dia masuk ke dalam rumah untuk minum air barulah dia perasan ada sesuatu yang tidak kena dalam rongga tekaknya.

Lelaki tertelan Airpod semasa tidur, tersekat pada kerongkong

Anak Gauthier kemudian mengatakan beliau mungkin tertelan fon telinga yang hilang tersebut.

“Pada waktu itu, anak lelaki dan isteri saya cuma bergurau tetapi ia memang kebetulan saya kehilangan fon telinga dan saya tahu saya memakainya semasa tidur.

Iklan

“Saya rasa seperti ada sesuatu yang tersendat pada bahagian tengah dada saya,” kata Gauthier memberitahu stesen televisyen 22 News, seperti yang dipetik oleh New York Post.

Imbasan X-Ray kemudian dijalankan di sebuah bilik kecemasan tempatan dan diperolehi oleh laman WWLP.com. Ia menunjukkan Airpod tersekat pada bahagian kerongkong Gauthier.

Menurut sumber, doktor terpaksa menggunakan tiub panjang dan halus untuk menarik keluar Airpod, sepanjang dua inci.

Iklan

Menurut doktor jarang sekali seseorang tidak mengalami kesakitan jika ada sesuatu yang tersekat pada kerongkong.

“Tidak pernah terlintas jika tertidur semasa memakai fon telinga boleh membahayakan keselamatan. Saya bertuah kerana selamat,” katanya.

Kesimpulannya, adalah lebih baik mencegah daripada mengubat. Jadi, apa kata korang hindarkan atau kurangkan tabiat penggunaan fon telingan sebelum tidur kerana ia telah terbukti sangat bahaya dan mampu membawa kepada keburukan.

Sumber : New York Post