Lelaki tertinggi India sukar cari jodoh, impikan isteri dan keluarga sendiri

A
A
A

SETIAP manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan lihat pada kekurangan, tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada.

Namun, bagi seorang lelaki di New Delhi, India, kelebihan memiliki ketinggian 2.4 meter menyebabkan dia berdepan pelbagai kesukaran dalam menjalani rutin hidup.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dharmendra Pratap Singh telah diisytihar sebagai lelaki tertinggi di India oleh Guinness World Records.

Memetik laporan akhbar media tempatan, lelaki India tersebut mendakwa ketinggian yang dimilikinya itu bukan sahaja membawa kemasyhuran, sebaliknya mengundang pelbagai masalah lain.

Jika dipandang sudut positif, lelaki itu tidak menafikan ketinggian dimilikinya yang juga merupakan penduduk sebuah perkampungan di Narharpur Kasiyahi juga memberikan punca rezeki dan pendapatan utama buatnya.

SETIAP manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan lihat pada kekurangan, tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada.

Namun, seperti orang lain, dia juga berhasrat untuk mencari teman hidup tetapi sehingga kini masih belum mampu dicapai walaupun kini usianya sudah mencecah 45 tahun.

"Ahli keluarga juga ada kenalkan beberapa wanita untuk calon dijadikan isteri namun selepas melihat ketinggian saya, mereka enggan dan menolak untuk berkahwin dengan saya.

"Ketika usia sebegini saya berasakan sudah tiba masa untuk mencari teman hidup," katanya seperti laporan Gulf News.

Dharmendra berharap satu hari nanti dia akan dipertemukan jodoh berkahwin dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri dan memiliki keluarga sendiri.

Dia juga mengakui walaupun sukar untuk beristeri yang dianggap satu kelemahan, kelebihan fizikal yang dimiliki adalah sumber pendapatan utamanya sehingga hari ini yang mana orang ramai akan bergambar dengannya dan mereka memberikan wang saku dan hadiah sebagai ganjaran yang dianggap gaji harian.

SETIAP manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan lihat pada kekurangan, tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada.

Menurut sumber, Dharmendra akan pergi ke lokasi tumpuan pelancong seperti di monumen Gateway of India untuk mencari rezeki.

Namun, dek kerana penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan lokasi tumpuan pelancong tidak dikunjungi orang ramai dan dia juga kini kehilangan pendapatan.

Semoga Dharmendra mampu bertemu jodoh dengan gadis pilihan suatu hari nanti!

https://www.youtube.com/watch?v=uEN_oexvg6M&feature=youtu.be

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang