PARA saintis memberi amaran tentang empat tanda baharu Covid-19 dan Long Covid kerana varian baharu penyakit itu didapati dominan di United Kingdom (UK).

Keletihan pada waktu pagi, walaupun selepas tidur yang nyenyak dan sakit tekak mungkin merupakan tanda-tanda individu dijangkiti virus berkenaan.

Mirror UK melaporkan para saintis memberi amaran tentang empat simptom berkenaan ketika jangkitan virus itu semakin meningkat di UK.

Baca juga: Tanda tanya mengenai gejala Long Covid-19 yang menghantui ramai, pakar dari Universiti Malaya bantu rungkaikan

 

Pakar Epidemiologis, Profesor Timothy Spector berkata sakit tekak lebih kerap dilaporkan pada penghidap koronavirus berbanding selesema.

“Jika mengalami dua simptom ini, anda harus ‘menganggap’ sudah dijangkiti Covid-19,” tulisnya.

 

Sementara itu, keguguran rambut dan dorongan seks yang berkurangan telah ditambah sebagai simptom yang disebabkan oleh Long Covid.

Sementara itu, profesor klinikal bersekutu kesihatan awam di Universiti Birmingham, Dr Shamil Haroon yang menganalisis rekod kesihatan elektronik mendapati 486,000 orang daripada 2.4 juta rakyat Britain telah dijangkiti Covid-19.

“Penyelidikan ini mengesahkan apa yang pesakit laporkan. Gejala Long Covid sangat luas dan tidak boleh diambil kira sepenuhnya oleh faktor lain seperti faktor risiko gaya hidup atau keadaan kesihatan kronik.

“Gejala yang dikenalpasti ini membantu doktor meningkatkan penilaian pesakit yang mempunyai kesan jangka panjang Covid-19 dan seterusnya mempertimbangkan bagaimana beban gejala ini boleh diuruskan dengan sebaiknya,” katanya.

Baca juga: Varian baharu Covid-19, Centaurus mengganas dengan lebih pantas, ini fakta yang perlu kita ambil tahu

Menurut Shamil, gejala yang paling biasa pesakit Covid-19 ialah termasuk hilang deria bau, sesak nafas dan sakit dada selain kehilangan keinginan seks dan keguguran rambut.

Individu yang diuji positif virus itu melaporkan mengalami 62 gejala lebih kerap selama 12 minggu selepas jangkitan awal berbanding mereka yang tidak dijangkiti.

Subvarian Omicron, BA.5 kini merupakan strain Covid yang dominan menyumbang kira-kira 79 peratus kes di UK ketika ini.

Profesor Spector dalam ciapan Twitter mengingatkan warga maya akan tanda awal Covid-19.

“Kini kes Covid-18 dua kali ganda berbanding selesema biasa di UK. Ia tidak pernah setinggi ini.

“Simptomnya hampir sama kecuali keletihan melampau dan sakit tekak. Jika mengalaminya, anggap ia Covid! Semoga gelombang ini akan berakhir tidak lama lagi,” ciapnya.

Beliau turut mengingatkan agar mereka yang mengalami simptom jangkitan koronavirus melakukan ujian segera.

“Dapatkan ujian segera. Jika tidak boleh mendapatkan ujian, anggap anda diserang selesema dan jauhkan diri daripada orang lain sehingga beransur baik,” ciapnya.

Baca juga: Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A

 

Terdahulu, terdapat 14 simptom Long Covid yang dialami bekas pesakit Covid-19. Antaranya:

1. Keletihan
2. Kabus otak
3. Sakit sendi/otot
4. Berasa cemas
5. Insomnia
6. Rasa tertekan
7. Batuk berterusan
8. Berasa sakit
9. Hilang bau/rasa
10. Penurunan berat badan
11. Sakit kepala
12. Sukar bernafas
13. Pening semasa berdiri
14. Denyutan jantung yang amat cepat

Baca juga: Tanda tanya mengenai gejala Long Covid-19 yang menghantui ramai, pakar dari Universiti Malaya bantu rungkaikan

Sumber: Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.