SAKIT yang ditanggung terkena influenza lagi teruk berbanding dijangkiti Covid-19.

Ya, itu pengakuan seorang pemuda yang tampil berkongsi pengalaman satu keluarga terkena Influenza A.

Luah Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru Matematik di sebuah sekolah di Gombak, Selangor, dia dan isteri bersama lima anak diserang virus berkenaan awal Julai lalu.

“Jangan main-main dengan influenza. Terutamanya Influenza A. Sakit dia mengalahkan Covid-19. Dan ia berpanjangan!

“Sebelum Subuh badan akan gigil kesejukan. Sejuk sampai ke tulang, sampai kecut jari tangan. Sampai berlaga gigi sejuknya. Tapi suhu badan, ya ampun panas lebih 40°.

“Demam dia on-off. Ni paling seram. Kita ingat dah sihat, langsung tak dak demam tak dak panas dah. Rasa cergas. Terus buat kerja, tahu-tahu esok sambung demam gigil lagi.

“Sendi dan pinggang sakit ya ampun. Member aku komando dah, badan keras dan kental semangat. Sebelum ni tidur atas jalan tar, tidur dalam hutan tak dak selimut no hal. Panjat gunung tu mainan dia. Memang semangat pahlawan la dia ni. Kena Influenza A, tumbang tak bangun seminggu. Masa tu dia ingat demam biasa. Bertahan dengan panadol dan antibiotik je, rasa segar terus buat kerja. Esoknya tumbang lagi dan lagi,” coretnya di Facebook.

Baca juga “Ya ALLAH, aku ingat cucu dah mati.”- Nenek sebak tidak sangka cucu dihanyut banjir masih hidup

Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A

Ujarnya, kesan selepas jangkitan juga masih dirasai walaupun sudah dua minggu dijangkiti.

“Kesan selepasnya pun masih terasa. Badan penat dan letih. Lenguh-lenguh satu badan. Kerja nak lena ja. Aku dah dua minggu kena, masih rasa lemah dan terasa efeknya.

“Kalau korang ada simptom influenza, tolong pergi check di klinik swasta untuk sahkan. Simptom dia macam demam biasa, cuma berpanjangan tak kebah-kebah. Hampir pasti dah tu.

“Kena rawatan antiviral tamiflu baru Insya-ALLAH sembuh. Ubat ni mahal ya, sebotol kat farmasi RM100 – RM200. Ubat tak sedap. Tak ada perisa oren ke, strawberry ke apa. Memang berperang nak suruh anak makan. Huhu.

“Paling aku seram, bila anak-anak kena. Suhu badan tak turun dua hari walau dah makan ubat, walau dah mandi berpuluh kali sehari, walau jerlum badan sentiasa. Seram weh bila suhu tak turun dua hari ni, tak tahu nak buat apa.

“Ubat dah bagi, mandi dah mandi, kat kepala dan badan sentiasa ada kain basah. Tapi check suhu 40°. Rasa hilang akal macamana nak buat. Hanya doa dan berserah pada ALLAH saja masa tu,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Fadli menyarankan orang ramai agar bersiap sedia dengan tiga benda, iaitu;

1. Thermometer

Iklan

Beli thermometer yang ada MDA Approved. Mahal sikit, tapi ketepatan tinggi. Beli yang murah tak tepat bahaya beb. Karang ingat suhu anak tak bahaya, rupanya dah lebih 40°.

2. Aloe Vera gel

Sapu je gel kat kepala anak, kat pelipat juga. Cepat turun suhu. Bila gel kering, spray je dengan air, nanti dia akan basah dan menyejuk semula.

3. DifflamAB

Wajib ada. Tekak sakit sangat. Aku sampai batuk berdarah tiga hari. Tekak luka teruk. Ada dijual di farmasi.

Iklan

Sekarang virus influenza tengah menggila. Ada sekolah jadi kluster terus. Sekelas yang datang kurang 10 orang. Memang senang berjangkit.

Baca juga Dulu biasa tidur hotel 5 bintang, kini jadi orang biasa demi dakwah. Kisah Ustaz Nazrey jadi inspirasi!

Jadi, hati-hati semua, kerap basuh tangan. Pakai pelitup muka bila keluar ya. Semoga kita semua dijauhi penyakit bahaya ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.