KEHEBATAN seorang kanak-kanak perempuan yang ligat bermain alat muzik berupa drum telah memukau pandangan warganet hingga videonya menjadi tular seluruh dunia.

Lagaknya memang nampak profesional ketika bermain drum. Memang bersahaja. Memang tak padan sungguh dengan umurnya yang baru berusia lima tahun!

Irama lagu yang rancak dimainkannya ternyata membuatkan warganet terus ‘layan’ dengan karenah comelnya.

Sejak dimuat naik 25 Oktober lalu, video berkenaan tular melalui akaun Twitter milik Rex Chapman dan telah ditonton sebanyak 883,000 kali.

Video berdurasi satu minit yang dikongsikan menerusi portal indiatoday itu juga mencetuskan perbahasan ramai tentang keupayaan si cilik itu.

Ada juga warganet yang menyatakan video itu unreal kerana tidak percaya dengan kemampuan kanak-kanak perempuan itu.

Berikut antara komen-komen warganet:

budak drum

Best and cutest drummer seen till datee..” – adityaxav06

Is she the one that did “Toxicity” by SOTD? If so yeah she’s incredible.” – Doug Fresh

Ada juga yang jelous dan cuba cari kesalahan 🙄. Sarkastik sungguh!

Iklan

budak drum

I wondered the same thing. Played it through a couple of times. She’s playing. She misses like three times. No, that’s not a dis, professionals rarely do that well playing to a track. But you can separate it out if you listen hard.” – Kevin Putzier

“Wait a minute…. does she actually hit the drums or is this air drumming with some clever special effects?.” – Char

budak drum

Iklan

Yeah, but that kids probably been locked in a basement her whole life with bread, water and a drum set. With that music pumped to 11 with a strobe to prevent sleep!.” – Mike Medina

Not impressed, let’s see her get a cookie out of the cookie jar on top of the cabinet.” – r3h0l3s

Apapun yang penting, video kanak-kanak perempuan yang comel itu membuatkan ramai release tension.

Dalam era wabak Covid-19 yang masih belum berakhir, video seumpama itu dapat menceriakan suasana, kan?