SIAPA yang ‘hantu’ makanan pedas pasti ingin mencuba hidangan viral yang mengetengahkan rasa itu yang luar biasa.

Pun begitu, setakat ini belum pernah kita dengar minuman berperisa pedas, kan?

Mesti ramai yang terfikir bagaimana rasanya?

Sebuah kedai kopi di China menarik perhatian ramai kerana mencampurkan cili goreng dan serbuk lada ke dalam minuman baharu mereka.

Lapor portal berita South China Morning Post, kedai Jiangshi Coffee yang terletak di Gangzhou, wilayah Jiangxi melancarkan kopi berperisa latte pedas pada Disember tahun lalu.

Menariknya, minuman luar biasa tersebut telah berjaya terjual sehingga 300 cawan sehari.

Wah, nampaknya memang laku keras!

Sebuah klip video memaparkan pekerja kedai itu meletakkan hirisan lada ke dalam secawan latte sebelum menuang serbuk lada pedas.

Beliau kemudian menghidangkannya kepada pelanggan.

Baca juga: Kahwin usia 15 tahun, dipenjara 19 tahun, digantung 29 tahun, kisah pilu Samira Sabzian undang air mata seluruh dunia

Kopi berharga kira-kira 20 yuan (RM13.40) secawan itu dipanggil Jiangxi Spicy Latte.

Media sosial tanah besar itu dipenuhi dengan berita tentang rasa kopi baharu berkenaan.

Kebanyakan pelanggan memberi maklum balas positif mengenai produk tersebut.

 

“Saya pikir ia sangat pedas. Sebaliknya, rasanya sedap. Kopi ini tidaklah sepelik yang disangka orang,” kata seorang pekerja di kedai tersebut.

“Ia kreatif. Tetapi saya tidak berani mencubanya kerana bimbang ia boleh mengganggu perut saya,” kata seorang netizen.

“Latte perisa baharu itu bagus juga. Rasanya sedikit pedas dan sedikit manis,” kata seorang pelanggan di aplikasi semakan produk pengguna, Dianping.

“Saya terkedu. Ia luar dari kebiasaan,” kata seorang pengguna mengulas mengenai Douyin.

“Saya rasa ia mungkin akan memberikan masalah selepas memakan minuman pedas itu,” komen seorang pengguna laman sosial.

“Ia kreatif. Tetapi saya tidak berani mencubanya kerana takut ia boleh mengganggu perut saya,” kata seorang lagi pengguna.

Baca juga: Pameran eksentrik paling ganjil di dunia, ini lima muzium rare terima pengiktirafan yang bukan calang-calang

Iklan

Sebenarnya, gabungan inovatif perisa kopi sedemikian bukanlah yang pertama.

Sebaliknya, ia telah muncul di seluruh China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Misalnya, pada September 2023, pelanggan sanggup beraturselama berjam-jam untuk membeli minuman kopi baharu yang dhasilkan bersama minuman keras Cina, Mouta.

Tahun lepas pula, sebuah kafe di timur wilayah Zhejiang mencampurkan telur yang diawet dan dihancurkan dalam hidangan latte.

Baca juga: Bangganya karipap jadi juadah kelima terbaik dunia, berjaya kalahkan menu Itali dan Greece

Baca juga: Carmen Dell’Orefice model tertua dunia, usia 92 tahun masih aktif di pentas peragaan

Trend itu kemudian diikuti oleh banyak kedai lain tidak lama selepas itu.

Iklan

Pada tahun 2021, sebuah kedai kopi di wilayah utara Shanxi, menambah cuka kepada hidangan kopi Americano.

Wilayah itu terkenal dengan produk cuka dan penduduk yang tinggal di sana suka mencelup makanan mereka ke dalam perasa.

Setakat ini, di negara kita belum ada lagi perisa kopi yang pelik-pelik begini.

Risau juga nak cuba kan…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang