WANITA kelahiran Amerika Syarikat (AS), Carmen Dell’Orefice berusia 92 tahun dikenali sebagai model paling tua dalam industri fesyen.

Karier Carmen bermula ketika umur 13 tahun apabila dia  menandatangani kontrak pertamanya dengan bayaran AS$7.50 (RM34.80) sejam.

Bagaimanapun, permulaan Carmen dalam dunia fesyen menemukan kegagalan.

Setelah didatangi isteri jurugambar, Herman Landschoff ketika menaiki bas ke kelas balet waktu itu beliau baru berusia 13 tahun, Dell’Orefice melihat gambarnya.

Baca juga: Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah

wanita itu ditakdirkan untuk menjadi terkenal selepas dua tahun iaitu pada usia 15 tahun. Carmen menghiasi muka depan Majalah Vogue buat kali pertama, selepas menjadi model kegemaran jurugambar, Erwin Blumenfeld.

Tahun lepas, pada usia 92 tahun, empunya diri muncul pada muka depan majalah Vogue Czechoslovakia dan kali ini sebagai model tertua di dunia.

Baca juga:Supermodel Naomi Campbell peraga rekaan Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week

Membesar di New York bersama ibunya, Carmen tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang mudah.

Keluarga model terbabit bergelut dari segi kewangan, malah tubuh badannya turut terjejas kerana kekurangan zat makanan sehingga jurugambar terpaksa menyematkan pakaian dan menyumbat lengkung dengan tisu.

Iklan

Kerja peragaannya tidak mencukupi untuk menyara keluarga maka dia dan ibunya juga bekerja sebagai tukang jahit untuk menampung kehidupan.

Dalam rekod, Carmen pernah berkahwin dengan Bill Miles pada awal 1950-an, tetapi malangnya, lelaki tersebut mengeksploitasi kerjayanya dengan mengambil cek agensi model dan memberikan hanya $50 elaun kepada dirinya.

Mereka bercerai dan Carmen berkahwin kali kedua dengan jurugambar Richard Heimann, namun disebabkan masalah rumah tangga yang dihadapi hingga membuatkan dia meninggalkan kerjaya pemodelan pada tahun 1958.

Keadaan kewangan yang tidak menentu meyakinkan Carmen untuk kembali ke peragaan pada tahun 1978.

Iklan

Sejak itu, Carmen bekerja keras muncul dalam majalah, kempen pengiklanan dan juga melalukan catwalk untuk pelbagai jenama fesyen.

Dia melakukan segala-galanya dan walaupun sudah melangkaui usia persaraan, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti.