WANITA tawanan pasukan pejuang Hamas yang dibebaskan baru-baru ini mendedahkan dilayan dengan baik semasa berada di Semenanjung Gaza.

Yocheved Lifshitz, 85, dibebaskan pada malam Isnin bersama seorang lagi wanita warga emas, Nurit Cooper, 79 tahun.

Hamas membebaskan mereka atas dasar kemanusiaan dan kesihatan dalam perjanjian yang diurus oleh Qatar dan Mesir.

Mereka adalah tawanan ketiga dan keempat yang dibebaskan oleh Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Kredit foto: AFP

Lifshitz yang duduk di atas kerusi roda di luar hospital Tel Aviv pada hari Selasa, menceritakan diserang penculiknya ketika sedang memecutnya ke Gaza dengan menaiki motosikal pada 7 Oktober.

Dia yang mengaku sakit dan mengalami kesukaran bernafas menyatakan pasukan tentera berkenaan melakukan persediaan rapi menerima tawanan.

Mereka nampak bersedia

“Mereka (Briged Hamas) kelihatan bersedia untuk ini dan menyediakan segala-galanya yang diperlukan oleh lelaki dan wanita, termasuk syampu,” tambahnya.

Video yang dua wanita itu berlegar di laman sosial memperlihatkan akhlak mulia ditunjukkan tentera mujahidin.

“Mereka kata mereka percaya kepada al-Quran dan mereka tidak akan menyakiti tebusan” kongsi Lifshitz.

Tangkap layar video: Aljazeera

Malah menurut warga emas itu, makanan yang diberikan juga adalah sama yang dimakan Hamas.

“Mereka memenuhi segala keperluan kami. Saya memberikan kredit kepada mereka tentang itu.

“Mereka sangat berbudi bahasa dan memastikan kami (tahanan) bersih serta makan apa yang mereka makan.

Iklan

“Roti pita dan krim keju, keju cair dengan timun. Itulah sajian sepanjang hari,” katanya.

Selain itu, video yang memaparkan Briged Qassam memimpin kedua-dua warga emas itu sebelum dibebaskan menjadi tular di laman sosial.

Sebelum ini , Hamas membebaskan dua wanita berdarah Amerika-Israel yang juga pasangan ibu dan anak, Judith dan Natalie Raanan.

Iklan

Sumber: Aljazeera, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!