BARU-baru ini nama Lesti Kejora menjadi trending selepas didakwa menjadi mangsa kes keganasan rumah tangga.

Mempunyai 26.8 juta pengikut di Instagram dan 5.2 juta di YouTube, ibu kepada Muhammad Leslar Al-Fatih Billar itu terdahulu melalui perjalanan yang berliku sebelum muncul sebagai penyanyi dangdut popular.

Penyanyi lagu Kulepas Bersama Ikhlas itu telah melalui pelbagai ranjau sebelum muncul sebagai juara D’Academy Musim Pertama.

Tidak terhenti setakat itu, wanita yang kini berusia 23 tahun itu telah melonjakkan kerjayanya sejak menyertai pertandingan itu. Banyak lagu Lesti yang menjadi hits di Indonesia. Malah Lesti juga pernah berduet dengan band Ungu untuk sebuah lagu berjudul Bismillah Cinta.

Kejayaan yang diraih Lesti kini adalah hasil usaha gigihnya Liputan6.com berkongsi jatuh bangun Lesti Kejora sebelum muncul penyanyi popular.

Perjuangan Lesti Kejora mengukir nama dalam industri muzik Indonesia wajar dijadikan inspirasi. Lesti tidak dilahirkan dalam keluarga yang berada, tinggal di kampung dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Baca juga: Keluarga sedih, enggan anak terus disakiti. Bekas pekerja dedah bapa mahu Lesti Kejora berpisah

Bukan mudah untuk Lesti mencapai tahap kejayaan seperti hari ini. Beliau memulakan kerjayanya dengan menyertai acara pencarian bakat D’Academy pada 2014.

Lesti yang ketika itu berusia 15 tahun ke uji bakat dengan membonceng motosikal dari kediamannya di selatan Cianjur ke Bandung. Ayahnya, Endang Mulyana menyokong dan menemani Lesti semasa proses uji bakat ketika itu. Malah usaha ayahnya membuatkan Lesti tersentuh.

Masakan tidak, Lesti dibawa dari Cianjur ke Bandung untuk menghadiri ujibakat oleh bapanya menggunakan motosikal.

Baca juga: Tepis dan terjatuh, bukan hempas, peguam kongsi kronologi versi Rizky Billar, berbeza dengan laporan Lesti Kejora

Perjalanan menaiki motor selama lebih kurang lima jam dari Cianjur ke Bandung sentiasa diingati Lesti.

Usai uji bakat, mereka tidak pulang. Lesti dan Endang sebaliknya menetap di Bandung semalaman.

Subuh keesokan harinya, Endang dihubungi pihak penganjur, Indosiar. Bagaimanapun Lesti ketika itu tidak membawa pakaian dan hanya memakai baju T berwarna kuning.

Tidak mahu anaknya ketinggalan, Endang memutuskan untuk menyewa pakaian dengan harga 50 ribu rupiah (RM15.21).

Baca juga: Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir hinggap di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar

“Dede (Lesti) tidak membawa baju dan hanya memakai baju ketika uji bakat sahaja. Kalau tak silap baju kuning dan skirt kuning. Ayah kata kita sewa,” kata Lesti dipetik Liputan6.com daripada KapanLagi.com.

Penyanyi itu dikatakan masih menyimpan baju berwarna ungu itu hingga kini.

Iklan

Siapa sangka penyanyi genit ini pernah menjadi penjual mi? Pendapatan ayah Lesti sebagai pemandu tidak mampu menyara mereka sekeluarga. Justeru, bagi membantu ekonomi keluarga, Lesti Kejora membantu ibunya menjual mi ayam di rumah mereka di Cianjur.

Pada usia yang muda, Lesti tidak segan dan membantu ibunya berjualan. Malah hasil jualan mi ayam jugalah yang membawa Lesti menghadiri uji bakat nyanyian.

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

Menerusi suara.com, Lesti dikatakan cuba memenangi pertandingan dangdut ketika itu adalah bertujuan untuk merawat bapanya yang dikatakan mengalami ketumbuhan pada bahagian dada.

“Memang sejak pertama kali Dede (Lesti) menyertai uji bakat, salah satu sebabnya adalah kerana bapanya ,” kata bapa saudara Lesti, Ali kepada Suara.com.

Ketumbuhan itu telah wujud pada dada Endang. Bagaimanapun, selepas Lesti berjaya  Endang tetap keberatan untuk menjalani pembedahan.

Si bapa menolak pembedahan kerana enggan menyusahkan anaknya kerana menelan perbelanjaan besar.

Iklan

Sementelah ia bukan tumor berbahaya, Endang memilih untuk menjalani rawatan alternatif yang lebih murah.

Justeru, tidak hairanlah setelah mengecap kejayaan, Lesti sentiasa memuliakan ibu bapanya dan menggembirakan mereka dengan pelbagai kejutan.

Semoga kisah Lesti Kejora ini menjadi inspirasi wanita lain agar tidak berputus asa mengejar cita-cita demi keluarga.

Baca juga: Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Sumber: Liputan6, suara.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi