Menabung syiling niat umrah, wanita berjaya simpan hampir RM20,000 dalam 3 tahun

Menabung syiling niat umrah, wanita berjaya simpan hampir RM20,000 dalam 3 tahun
Menabung syiling niat umrah, wanita berjaya simpan hampir RM20,000 dalam 3 tahun
A
A
A

KITA semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun tanpa usaha, ia tidak akan menjadi kenyataan.

Seperti seorang wanita ini yang mamasang niat untuk menunaikan umrah dengan menabung duit syiling.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Begitulah. Betul perumpamaan yang dikatakan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Siapa sangka dengan hanya menyimpan duit syiling selama tiga tahun seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85).

Menerusi perkongsian di laman Instagram sambasinformasi, kelihatan seorang wanita yang sempat bergambar bersama duit syiling yang disimpan sebelum membungkusnya ke dalam plastik.

“Wang itu bukan hak kami” Keluarga pulangkan wang tunai RM4.35 juta yang dijumpai

Selain itu, turut kelihatan beberapa individu lain membantunya dalam mengira duit syiling tersebut.

Difahamkan duit simpanan tersebut akan digunakan bagi menunaikan umrah.

"Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85). Bolehlah saya pergi ke umrah," katanya.

Baca juga Abang tembak mati adik lelaki sendiri selepas jalani pembedahan tukar jantina

Perkongsian berkenaan meraih perhatian warga maya. Mereka mendoakan semoga urusan wanita tersebut dipermudahkan serta dapat menunaikan niat baiknya itu.

Ada antara mereka yang kagum dengan kegigihan wanita itu menyimpan wang tambah lagi digunakan untuk ke Tanah Suci.

Sumber: Suara.Com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang