PENGEMBARAAN manusia ke lapisan titik bumi paling dalam sebenarnya sering difilemkan masyarakat Barat yang begitu taksub dengan elemen misteri planet ini.

Antara naskhah yang cukup menonjol seperti Journey to the Center of the Earth yang pertama ditayangkan pada tahun 1959.

Kemudian karya silih berganti dengan beberapa sekuel termasuklah Journey 2: The Mysterious Island pada tahun 2012.

Bayangkan di dalam lapisan bumi ini sebenarnya wujud satu lagi dunia yang belum pernah diterokai manusia.

Hal itu dibuktikan dengan penemuan sebuah lubang mendapan menyerupai gua sedalam 630 kaki di wilayah Guangxi, China baru-baru ini.

sinkhole

Lebih menakjubkan, saiz diameter lubang yang dianggarkan 100 kaki tersebut dikatakan mempunyai hutan purba yang cukup luas.

Lapor insider.com yang memetik Xinhua News, penemuan cukup bersejarah itu didedahkan oleh seorang jurutera kanan, Zhang Yuanhai dari Institut Geologi Karst di Akademi Sains Geologi China.

Kumpulan penyelidik yang terlibat berjaya sampai ke dasar gua selepas menuruni cerun lubang lebih 328 kaki dan berjalan kaki untuk tempoh beberapa jam.

sinkhole

Mereka yang dikepalai oleh ketua ekspedisi, Chen Lixin memberitahu bahawa mereka berjaya menemui pokok purba setinggi 130 kaki.

“Pokok-pokok ini membesar dengan subur dan ada setinggi bahu saya,” katanya memetik portal tersebut.

Untuk imej yang lebih jelas, pasukan ekspedisi tersebut turut menggunakan dron untuk mendokumentasikan sinkhole tersebut.

sinkhole

Pendedahan sinkhole yang berkemungkinan besar menjadi rumah kepada spesies flora dan fauna asing turut menarik perhatian penyelidik lain.

Menurut Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Gua dan Karst Negara di New Mexico, George Veni, pihaknya tidak terkejut apabila mengetahui wujud spesies yang jarang ditemui atau belum pernah dilaporkan sebelum ini.

‘LUBANG SYURGA’

Sebenarnya, lubang mendapan tersebut dikenali dengan nama TianKeng yang bermaksud ‘lubang syurga’ yang biasa ditemui di kawasan China Selatan.

Menurut Veni, barangkali disebabkan reka bentuk landskap muka bumi di sana yang dipenuhi batuan dipanggil karst yang terbentuk selepas air hujan melarutkan dasar batu.

sinkhole

“Oleh sebab perbezaan iklim, faktor geologi dan lain-lain, karst yang muncul di China cukup menakjubkan dari segi visual dengan sinkhole yang besar.

Iklan

“Ia seolah-oleh pintu gua kepada dunia lain,” katanya memetik laporan tersebut.

Baca juga [VIDEO] Seramnya, lubang mendapan gergasi hantui petani di Turki, rekahan semakin hari semakin besar

Wilayah Guangxi juga tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2007 kerana memiliki topografi yang unik, merangkumi pembentukan batu dan sistem gua yang luas.

sinkhole

Selain di Guangzhi, negara republik tersebut turut memiliki sinkhole terbesar di dunia yang dinamakan sebagai Xiaozhai Tiankeng.

Lubang mendapan memiliki kedalaman yang berukuran lebih 2,000 kaki berkenaan itu terletak di Taman Negara Tiankeng.

Baca juga Rangka kanak-kanak berusia 6,000 tahun ditemui di gua paling mengerikan

Iklan

Fuh! Tak sangka wujudnya hutan di bawah tanah.

Teringat pula Filem Ice Age yang mana wujud hutan purba di tengah titik bumi.

sinkhole

Mungkin banyak lagi elemen misteri mengenai planet ini belum dibongkarkan sepenuhnya.

Apapun, memang cantik foto dalam gua yang dikongsikan di media sosial kerana bagaikan dunia asing tanpa manusia.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI