Meninggal dunia dalam tandas pesawat

Meninggal dunia dalam tandas pesawat
Meninggal dunia dalam tandas pesawat
A
A
A

SEBUAH pesawat penerbangan Fuzhou-Chengdu terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua setelah seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam tandasnya.

Cqcb. com melaporkan, pesawat CA4230 itu terbang pada Rabu malam lalu dan mendarat cemas selepas setengah jam perjalanan dengan signal 'keadaan khas perubatan'.

Menurutnya, saksi kejadian melihat petugas dan polis khas cuba mendapatkan respons daripada penumpang di dalam tandas sebelum cuba menyelamatkan.

Selepas mendarat, dia dikejarkan ke Hospital Changsha yang berhampiran dengan lapangan terbang itu, namun disahkan meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Sanggup jual buah pinggang, ugut ambil nyawa sendiri gara-gara nak bayar hutang

Penumpang-penumpang memuji anggota kru tindakan pantas dan berhati-hati dalam menangani kecemasan tersebut.

Sementara itu, seorang saksi lain, juga penumpang di pesawat, mengatakan kepada Sina.com bahawa dia mendengar petugas mengetuk pintu tandas berkali-kali, tetapi tidak mendapat sambutan.

Katanya, mereka memanggil polis khas dan memberitahu lelaki itu bahawa jika dia masih tidak buka pintu, mereka akan mengambil beberapa langkah.

Polis sedang menyiasat kematian lelaki itu, lapor Sina.com. Pesawat yang dialihkan tiba di Chengdu pada keesokan harinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang