Mewah lain macam, gadis terima hadiah 50 utas rantai emas hari pertunangan

UNTUNG badan betul la. Majlis pertunangan wanita berusia 23 di Vietnam ini lain macam mewahnya.

Bukan calang-calang kerana yang melibatkan hadiah wang tunai dan emas hingga meraih perhatian ramai di media sosial.

Wanita berusia 23 tahun itu menerima lebih 50 rantai emas dan wang tunai AS$201,000 ketika majlis berlangsung membuatkan ramai ternganga dan kagum.

Baca juga: Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan

Portal Thaiger mendedahkan majlis pertunangan wanita bertuah itu dengan pasangannya yang berusia 26 tahun berlangsung pada Sabtu, 27 Mei lalu berlangsung meriah.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Merpati dua sejoli yang baru dua bulan menjalin cinta itu mengadakan majlis pertunangan di wilayah Tuyên Quang iaitu di kampung halaman pihak lelaki.

Dalam majlis yang berlangsung, ibu bapa pengantin perempuan menghadiahkan 20 utas rantai dan 5 bilion dong Vietnam (kira-kira AS$213,000) dalam bentuk wang tunai.

Manakala 30 utas rantai lagi telah diterima sebagai hadiah daripada saudara mara mereka yang lain.

Wanita berkenaan adalah anak sulung daripada tiga beradik perempuan dan berkelulusan ijazah pengurusan perniagaan sebuah universiti di Ho Chi Minh.

Keluarganya memiliki perniagaan motosikal dan hartanah, manakala keluarga pihak lelaki pula terlibat dalam industri pakaian dan perkakas tempat tidur.

Majlis perkahwinan diadakan pagi 29 Mei  dan pasangan itu akan merancang untuk kembali ke wilayah Bình Dương untuk meneruskan kehidupan dan pekerjaan mereka.

Baca juga: Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

Terdahulu SinarPlus pernah melaporkan seorang gadis di Indonesia menerima hantaran berupa wang tunai bernilai RM90,564, set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta bilik pameran kereta dengan kenderaan di dalamnya.

Dalam Islam, majlis pertunangan besar-besaran adalah tidak digalak.

Namun, sekiranya berkemampuan ia dibolehkan. Bagi pasangan yang tidak mampu, maka tidak perlu.

Iklan

Pejabat Mufti Wilayah lebih cenderung mengatakan agar majlis pertunangan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran.

Apa yang penting dan lebih utama adalah barakah dan doa dalam apa jua perkara.

“Jika hanya sekadar jamuan dan makan makanan dan serta niat menunjuk-nunjuk, maka itu tidak memberi banyak manfaat.

“Begitu juga, kami cadangkan agar pertunangan dipendekkan tempohnya iaitu beberapa minggu atau sebulan dua sahaja.

“Ini kerana, matlamat asal adalah perkahwinan dan mengelak sebarang bentuk dan pintu yang membawa kepada maksiat,” katanya.

Iklan

Baca juga: Lamaran pemuda Arab, doktor wanita terima mas kahwin RM300,000

Baca juga: Mas kahwin tiket konsert Coldplay rupanya surprise untuk pengantin perempuan, 10 info tentang mahar wanita perlu tahu

Sumber: Thaiger, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.