Mas kahwin tiket konsert Coldplay, rupanya surprise untuk pengantin perempuan, 10 info tentang mahar wanita perlu tahu

MAS KAHWIN menjadi perkara yang wajib dalam sebuah perkahwinan. Ia juga disebut mahar iaitu pemberian oleh suami kepada isteri atas sebab pernikahan.

Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita menerima mas kahwin berupa tiket konsert kumpulan popular dari Britain, Coldplay.

Selain itu, wanita dari Bekasi, Jakarta, Anestasya Ayu Widyadana yang berkahwin dengan pasangan Faridz Kyab pada 21 Mei lalu turut menerima logam berharga dan satu set kelengkapan solat.

Baca juga: Sanggup ikat perut demi majlis kahwin gah, ketahui mahar terbaik dalam Islam

Ijab kabul pasangan itu menjadi tular di laman sosial Twitter apabila video akad nikah berdurasi 31 saat dikongsikan saudaranya, @rhfndtaaa.

“Saudara saya kahwin dengan mas kahwin tiket Coldplay, majlis perkahwinan disokong oleh Chris Martin,” kongsinya.

Lapor Kompas, pengantin lelaki awalnya tidak bercadang untuk menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin.

Namun, Faridz berubah fikiran selepas berjaya mendapatkannya pada hari pertama prajualan iaitu 17 Mei. Malah idea tersebut turut diberikan ibu bapa lelaki itu.

Baca juga: [VIDEO] Tak jadi kahwin gara-gara pengantin lelaki tak bawa mas kahwin


“Semasa prajualan hari pertama, ternyata suami saya dapat membeli tiket Cat 3.

“Tak sangka rupa-rupanya suami ‘berperang’ (battle) untuk mendapatkan tiket.

“Dia beritahu saya yang dia tidak berjaya mendapat tiket ketika itu. Jadi boleh dikatakan ini adalah satu kejutan,” kata Anestesy yang teruja untuk menyaksikan persembahan Coldplay secara langsung.


Kumpulan rock popular itu dijadual akan mengadakan konsert di Stadium Utama Bung Karno, Jakarta, pada 15 November 2023.

Menerusi tinjauan SinarPlus, tiket bagi tempat duduk Cat 3 bernilai IDR 3,250,000 iaitu kira-kira RM994.80.

Baca juga: Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan

10 info mas kahwin wanita perlu tahu

1-Mahar ialah pemberian yang diwajibkan daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Ia juga dinamakan sebagai mas kahwin.

2-Mahar dari segi istilah fiqh membawa maksud sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya.

3-Islam hanya menetapkan mahar di dalam perkahwinan. Hantaran berupa wang mahupun barangan, ia tertakluk kepada budi bicara dan perbincangan kedua belah pihak.

4-Tiada had yang tertentu bagi mahar sama ada terendah dan juga had maksimum. Pun begitu negeri-negeri di Malaysia menetapkan mas kahwin tertentu kecuali Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

5-Semua benda yang bernilai dan mempunyai nilai untuk dijual atau disewakan boleh dijadikan mahar. Ia sama ada berbentuk ain (barangan), hutang atau manfaat seperti kereta, wang atau rumah. Mahar boleh juga berbentuk ilmu seperti suami mengajarkan al-Quran kepada isteri.

Iklan

Baca juga: Tak semestinya berijazah hantaran RM10,000, enggan berhutang untuk kahwin perkongsian wanita ini raih pujian netizen

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

6-Meskipun syarak tidak menetapkan kadar mahar namun terdapat petunjuk dari Nabi SAW agar mahar ia dipermudahkan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

Maksud: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya. -Riwayat Ibn Hibban (4072)

7-Dalam sebuah hadis yang lain pula, Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

Maksud: Sesungguhnya, perkahwinan yang paling agung dan berkat adalah yang dipermudahkan perbelanjaan.

Iklan

8-Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa pernikahan yang tidak diasaskan dengan nilai yang mahal mas kahwinnya akan dikurniakan keberkatan.

9-Haram hukumnya bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri tanpa kerelaan dan kebenaran isteri kerana mahar merupakan hak milik isteri yang telah diisytiharkan oleh ALLAH SWT dalam al-Quran.

10-Harus hukumnya bagi suami memakan/menggunakan/mengambil manfaat daripada mahar isteri jika ia berlaku dengan kerelaan dan kebenaran isteri.

Baca juga: Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

Sumber: Kompas, Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi