TAHUKAH korang Indonesia mempunyai banyak lombong yang mampu mengeluarkan jutaan tan emas?

Industri sumber mineral itu rancak dijalankan di beberapa lokasi di republik itu.

Terbaharu, Tribun Timur melaporkan PT Bumi Resources Minerals Tbk (BRMS) melalui PT Citra Palu Minerals (CPM) menemui 4.6 juta tan bijih di Poboya, Palu, Sulawesi Tengah.

Difahamkan, gred emas yang ditemui itu adalah 1.19 g/t Au.

Peralatan untuk proses penggerudian akan dipasang bagi mengoperasikan kilang dengan kapasiti pengeluaran 4,000 tan bijih sehari.

Baca juga: Dikatakan terlalu kaya, jutawan muda penuh kontroversi ini mahu bantu langsaikan hutang negara

Baca juga: Guna set kuali ‘kayangan’ hampir RM10,000, termos berharga RM424,000! Pilihan artis ini buat ramai ‘terngaga’

“Kami menjangkakan kilang kedua ini dapat memulakan pengeluaran penuh pada suku ketiga tahun ini.

“Ia akan memberi kesan positif terhadap prestasi pengeluaran emas, penjualan dan keuntungan bersih di BRMS,” jelas Presiden Pengarah BRMS, Suseno Kramadibrata.

Penambahan rizab emas di Blok Poboya juga akan meningkatkan hayat produktif lombong yang akan menambah nilai kepada pemegang saham.

Selain Palu, terdapat beberapa lokasi lombong emas terbesar di Indonesia seperti berikut:

1. Papua

Kawasan perlombongan emas terbesar di Indonesia ialah Papua dengan rizab semasa sebanyak 1,876 juta tan bijih dan 1,875 juta tan bijih untuk simpanan perak.

Tembagapura yang terletak di Papua mempunyai simpanan emas terbesar di Indonesia.

Tapak lombong terbesar adalah milik Grasberg yang diuruskan PT Freeport Indonesia.

2. Nusa Tenggara Barat

Nusa Tenggara Barat mempunyai simpanan emas sebanyak 507 juta tan bijih manakala rizab perak pula mempunyai rizab sebanyak 490 juta tan bijih.

Kawasan Sumbawa, di Nusa Tenggara Barat, merupakan kawasan perlombongan emas kedua terbesar selepas Tembagapura. Lombong ini diuruskan oleh PT Amman Mineral Nusa Tenggara.

Iklan

3. Jawa Barat

Jawa mempunyai potensi sumber emas dan perak. Jumlah rizab emas ialah 397 juta tan dan rizab perak ialah 98 juta tan.

Pulau Jawa mempunyai kawasan penghasil emas yang terletak di Pongkor, Bogor, Jawa Barat. Lombong emas ini telah beroperasi sejak tahun 1994 dan diuruskan oleh PT Aneka Tambang Tbk.

4. Sumatera Utara

Pulau Sumatera mempunyai simpanan emas sebanyak 168 juta tan, manakala simpanan perak pula sebanyak 103 juta tan. Kawasan penghasil emas di Sumatera ialah tambang emas Martabe di Kabupaten Tapanuli Selatan, Sumatera Utara.

5. Sulawesi Utara

Iklan

Salah satu lubuk emas ialah di Toka Tindung, Minahasa, Sulawesi Utara.

Lombong emas di Toka Tindung diuruskan oleh PT Archi Indonesia Tbk. Pulau Sulawesi mempunyai simpanan emas sebanyak 557 juta tan bijih. Manakala rizab perak pula ialah 269 juta tan bijih.

6. Kalimantan Selatan

Pulau Kalimantan mempunyai simpanan emas sebanyak 40 juta tan dan simpanan perak sebanyak 16 juta. Kawasan pengeluaran emas di Kalimantan Selatan adalah termasuk daerah Tanah Bumbu, Kotabaru, dan Hulu Sungai Tengah.

Baca juga: Alang-Alang Kaya, Usahawan Tempah Pelitup Muka Emas 108 Gram Berharga RM236,000

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber : Tribun News, CNBC Indonesia