KUCING juga digelar makhluk misteri, kadang-kadang riuh  rendah di rumah dan tak lama kemudian ia menghilang.

Namun ada juga yang jenis lama membawa diri. Inilah terjadi dengan seekor kucing bernama Mo.

Metro melaporkan, kucing yang berusia 11 tahun itu akhirnya kembali ke rumah pemiliknya, setelah lapan tahun hilang.

Mulanya, Mo melarikan diri dari sangkarnya pada tahun 2012 lalu di Swansea, Wales, United Kingdom.

Ketika itu Mo berusia tiga tahun. Dia pergi ketika pemiliknya, Izzy Harris sedang bercuti.

Sebaik pulang bercuti, Izzy dan keluarganya berusaha mencari Mo sehingga berbulan-bulan.

Artikel berkaitan: Bayi lahir tanpa mata ditinggalkan ibu

Mereka turut membuat iklan dan menyebar pamplet namun cubaan mencari si comel itu gagal.

Kata Izzy, ketika itu hanya berdoa supaya ada seseorang yang baik hati menjaga Mo.

Sebenarnya apa yang terjadi di sebalik kehilangan Mo, rupa-rupanya dia dijaga oleh seorang wanita tua selama lapan tahun.

Berita gembiran itu diketahui apabila wanita tua itu meninggal dunia dan Mo dibawa oleh Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) iaitu organisasi amal di England yang memberi perlindungan kepada haiwan.

RSPCA kemudiannya memeriksa mikrocip pada Mo. Akhirnya mendapati kucing itu milik Izzy.

Menurut Izzy lagi, dia mendapat panggilan telefon dari RSPCA yang menjumpainya.

Iklan

“Kata mereka, Mo dijumpai di rumah seorang wanita tua yang telah meninggal dunia, tidak jauh dari sangkar kucing di mana dia hilang.

“Kami tidak tahu berapa lama dia tinggal bersama wanita tua, tetapi nampaknya Mo dijaga dengan baik, jadi kami sangat berterima kasih untuk itu dan maaf kerana dia telah meninggal dunia, “jelas Izzy.

Kini, Mo dan Izzy telah bersatu kembali di Swansea setelah lapan tahun.

“Hari ini, RSPCA telah membawa kita kembali bersama dengan anak lelaki kami yang sudah lama hilang,”tulis Izzy di Twitter.

Kata Izzy yang juga pelajar kejururawatan kesihatan mental, sejujurnya, dia dan keluarga tidak pernah menyangka akan dapat melihat Mo kembali. Namun keajaiban telah berlaku!

Dia mengatakan bahawa dia sering mendengar cerita mengenai kucing bersatu semula dengan pemiliknya selepas itu bertahun-tahun berjauhan.

Iklan

Namun, dia tidak pernah menyangka akan berlaku berlaku kepadanya dan Mo.

“Sekiranya bukan kerana microchip diimbas dan diperbaharui, dia tidak akan kembali kepada kami, “tambahnya.

Pekerja penyelamat haiwan di RSPCA, Paula Milton juga mengatakan hal yang sama.

Katanya, memasang microchip pada haiwan kesayangan adalah penting sekiranya haiwan itu hilang.