Mudah jika ada kit ujian Covid-19 ini di rumah, keputusan hanya 30 minit

Mudah jika ada kit ujian Covid-19 ini di rumah, keputusan hanya 30 minit
Mudah jika ada kit ujian Covid-19 ini di rumah, keputusan hanya 30 minit
A
A
A

BADAN Kawalan Makanan dan Ubat-ubatan AS (Food and Drug Administration/FDA) mengatakan pihaknya bersetuju dengan penggunaan kit ujian Covid-19 untuk kegunaan di rumah.

Kit ujian itu merupakan alat pertama yang dipersetujui FDA dan dilaporkan dapat memberikan keputusan dalam masa 30 minit sahaja.

Menurut laporan Reuters, kit ujian Covid-19 tersebut adalah untuk kegunaan sekali sahaja.

Alat itu dihasilkan oleh Lucira Health dan telah mendapat kelulusan untuk penggunaan kecemasan, untuk kegunaan di rumah dengan sampel swab test, yang boleh dibuat sendiri oleh individu yang berumur 14 tahun ke atas.

FDA menjelaskan bahawa penggunaan disarankan untuk individu yang disyaki terdedah kepada Covid-19 dan diawasi oleh kakitangan kesihatan.

"Walaupun ujian diagnostik Covid-19 telah dibenarkan untuk dibawa ke rumah, ini adalah ujian pertama yang dapat dilakukan sepenuhnya dan hasilnya juga terus dapat diperolehi," kata Pesuruhjaya FDA Stephen Hahn, dalam satu kenyataan.

Baca juga China ada 5 vaksin Covid-19 yang kini sedang diuji fasa akhir, harganya mungkin lebih murah

Katanya, kit ujian Covid-19 itu juga boleh digunakan di hospital.

"Tetapi sampel mesti dilakukan oleh kakitangan kesihatan jika individu yang diuji berumur kurang daripada 14 tahun.

"Pilihan kit ujian baru ini merupakan kemajuan diagnostik yang penting untuk mengatasi pandemik dan mengurangi beban masyarakat dalam penularan penyakit," tambahnya.

Bila dah ada di negara kita nanti, boleh la kita sama-sama cuba sendiri di rumah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang