‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel terserlah

KETAMPANAN Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel sering mendapat perhatian ramai. Anakanda ke-11 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim itu sering kali muncul laman sosial dikongsikan para peminat.

Kredit foto: @bruneiroyalfamily

Perkahwinan bekas wartawan penyiaran dan penyampai berita itu dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 15.

Sejak berpisah pada tahun 2010, Azrinaz tidak lupa memuat naik tentang puteranya yang kini sedang meniti usia 17 tahun.

‘My Son-shine,” demikian titip Azrinaz yang berkongsi video Putera Abdul Wakeel.

Tiada lagi imej kanak-kanak, putera itu semakin dewasa dan kelibatnya sering dilihat menghadiri acara-acara bersama rakyat.

Baca juga:’‘Orang tua-tua cakap sejuk ikut muka mak’ Dedah wajah terkini Putera Wakeel, perkongsian Azrinaz raih perhatian

Kredit foto: Pelita Brunei

Perkongsian Azrinaz menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji ketampanan Putera Abdul Wakeel.

– “Semua tersenyum melihat kekacakan baginda.”

– “Sekejap jer masa berlalu, sudah bujang.”

– “Anak soleh mommy, suatu hari nanti pasti bersatu. Aamiin.”

– “Masya-ALLAH pemurah dengan senyuman, biasanya kerabat berperawakan serius.”

– “Charming, murah senyuman our Prince Wakeel ini. His smile and lirikan mata sama macam bondanya. He is now everyone’s crush.”

– “He has your smile @azrinazmazharhakim, sejuk perut ibu mengandung.”

– “So handsome. Senyum sentiasa terukir melayani rakyat”

– “Masya-ALLAH, segak sungguh. Nampak manis.”

Biarpun terpisah dan jarang bersua, Azrinaz acap kali memuat naik gambar putera dan puterinya.

Kredit foto: @azrinazmazharhakim

Malah beliau juga akan menitipkan ucapan hari lahir setiap kali tibanya hari keputeraan Putera Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah.

Iklan

Putera Abdul Wakeel menerima pendidikan awal di International School Brunei (ISB) di Kampong Sungai Hanaching, the Menglait Scondary School Gadong (SMMG) dan Mabohai Primary School dari tahun 2012 hingga 2017.

Baginda bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) Kelas 6W.

Baru-baru ini Putera Abdul Wakeel perkenan menghadiri Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi  Sultan Hassanal Bolkiah. Baginda menjadi wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Daerah Temburong.

Baca juga: ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’ Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Baca juga: [15 FOTO] Kini berusia 11 tahun, kemunculan Raja Nazira Safya mengiringi ayahanda raih perhatian warganet

Kredit foto: Pelita Brunei

Azrinaz melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2.

Iklan

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Kredit foto: Pelita Brunei, bruneiroyalfamily,  Azrinaz Mazhar Hakim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi