'Orang tua-tua cakap sejuk ikut muka mak.' Dedah wajah terkini Putera Wakeel, perkongsian Azrinaz raih perhatian

A
A
A

UMUM mengetahui, Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulunya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Kepada yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja Brunei, memang sedia maklum, kelibat putera sulung Azrinaz, Pengiran Muda Abdul Wakeel jarang muncul dalam kalangan khalayak.

Difahamkan, remaja berkenaan sedang bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jerudong.

Pun demikian, apabila bekas pembaca berita dan wartawan TV3 itu memuat naik wajah putera sulungnya menerusi laman Instagramnya, ia pantas meraih perhatian umum.

Ramai memberi komentar dengan memuji wajah kacak Abdul Wakeel yang kini berusia 16 tahun.

Bahkan, ada yang mengatakan wajahnya saling tak tumpah seperti Azrinaz.

Baca ni 'Tenang air muka, cantik macam bonda.' Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Berikut antara komen yang dikongsikan:

"Alhamdulillah.  Anak soleh penyejuk mata ibu dan ayah."

"Di mana pun keberadaan seorang ibu, pasti mendoakan yang terbaik buat putera dan puterinya."

"Hensemnya. Muka ikut mama.  Semoga menjadi anak yang soleh."

"Hensem, wajah mirip bondanya."

"Alhamdulillah.  Semoga dalam lindungan-NYA. Sejuk tengok raut wajahnya, seorang yang lembut hati. Wajah ikut Cik Puan Azrinaz."

Baca ni 'Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.' Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya 'tawan' puncak KLCC

Biarpun terpisah dan jarang berjumpa, Azrinaz dilihat sentiasa berkongsi perkembangan putera dan puterinya dan tidak pernah lupa menitipkan doa buat mereka.

Untuk rekod, Sultan Hassanal Bolkiah menikahi Azrinaz pada tahun 2005 sebelum berpisah pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Selepas episod perpisahan itu, Azrinaz bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.

Suka SinarPlus lihat raut wajah anak lelaki Azrinaz.

Betul kata warga maya, raut wajahnya saling tidak tumpah dengan bonda beliau, copy paste sangat.

Sejuk mata memandang. Masa dulu, comel sangat, bila sudah besar makin hensem.

Sumber: Instagram AzrinazMazharHakim

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca