MUHAMMAD, nama nabi junjungan kita Rasulullah SAW menjadi nama kedua paling popular untuk bayi lelaki yang baru lahir di Belanda pada 2022.

Ia mungkin biasa di negara kita atau negara-negara Islam yang lain tetapi agak luar biasa di negara Eropah.

Agensi Anadolu, mendedahkan data yang dikeluarkan oleh Bank Insurans Sosial Belanda (SVB) rupanya MUhammad berada di tangga kedua teratas untuk kanak-kanak lelaki yang baru lahir mengikut kepercayaan ibu bapa masing-masing.

Noah paling popular iaitu digunakan untuk menamakan 871 bayi manakala manakala Emma adalah nama bayi perempuan paling famous dengan 677 bayi.

Baca juga: Bayi baru lahir kelihatan ‘tua’ daripada ibu, derita masalah genetik 1 dalam 4 juta

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Menggabungkan pelbagai ejaan nama itu, Muhammad menduduki tempat kedua diberikan kepada 671 orang bayi lelaki.

Perkongsian seorang warga Twitter, @callmefye, berdasarkan pengalaman keluar masuk Netherlands, ramai komuniti Muslim di sana.

Makanan halal mudah didapati. Malah orang-orang di sana ramah dan tidak prejudis.

Islam adalah agama kedua paling dianuti di Belanda dan diamalkan oleh lima peratus penduduk mengikut anggaran pada tahun 2018.

Baca juga: Tanda lahir unik bentuk hati julang populariti Cinar Engin, 7 tahun masih kekal. 10 info penting perlu tahu

Kredit foto: Freepik

Majoriti umat Islam di Belanda tinggal di empat bandar utama iaitu Amsterdam, Rotterdam, The Hague dan Utrecht.

Tidak hanya di Belanda, nama ‘Muhammad’ dilihat kekal menjadi pilihan ramai ibu dan bapa pada tahun 2020.

Menurut BabyCentre, iaitu sebuah syarikat media dalam talian yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat, nama Muhammad mendahului nama-nama lain dalam top 100 nama popular pilihan ibu bapa bagi bayi lelaki.

Baca juga: Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi