Nampak ayam hutan sedang makan ulat dalam tanah, rupanya ada rangka manusia

No Image Caption
A
A
A

PENANTIAN satu penyeksaan. Lebih menyedihkan bila kehilangan insan tersayang tanpa sebarang berita. Bertahun menanggung rindu dan berusaha mencari tetapi akhirnya menemui jasad yang sudah tidak bernyawa.

Wanita cantik yang bernama Feni Ere, 28, yang bekerja sebagai jurujual kereta dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada Januari 2024. Laporan polis telah dibuat dan berita kehilangan itu telah dikongsi di media sosial termasuk maklumat mangsa yang hilang.

Wanita ini dikatakan tinggal sendirian di Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia manakala kedua orang tuanya menetap di Luwu Utara. Sudah lama tidak bertemu anaknya membuatkan si ayah gegas ke rumah anak perempuannya untuk mengetahui apa yang telah berlaku.

No Image Caption

Dipanggil tetapi tidak ada sahutan, pintu pula berkunci. Lantaran itu, Parman iaitu ayah kepada Feni Ere menendang pintu rumah dan berasa pelik kerana anaknya tiada di rumah. Beliau mula curiga bila melihat ada banyak kesan darah di bilik anaknya.

Siasatan hari demi hari akhirnya menemui bukti. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palopo, AKP Sayed Ahmad Aidid mengatakan pihak polis berjaya menemui kereta mangsa di kawasan perumahan yang tidak berpenghuni pada 18 Julai 2024.

Namun, pertemuan itu masih menemui jalan buntu di manakah Feni Ere. Sehingga setahun kemudian, pada 10 Februari 2025, mayat wanita itu ditemui dengan keadaan mulut dan tangan terikat.

Mayat tersebut ditemui secara tidak sengaja oleh dua orang lelaki yang kebetulan berada di kawasan hutan tersebut untuk membuang air kecil. Ketika itu, mereka melihat terdapat seekor ayam hutan sedang makan ulat sambil mematuk di tanah. Bila didekati, rupanya terdapat rangka manusia di dalam tanah tersebut.

Cemas dengan keadaan itu, mereka telah melaporkan penemuan itu kepada pihak polis. Hasil bedah siasat, pengecaman keluarga dan juga ujian DNA, mayat tersebut merupakan Feni Ere yang telah hilang sejak awal tahun lepas.

Sepuluh orang saksi yang merupakan kontak rapat kepada mangsa telah dipanggil bagi membantu siasatan. Pada 20 Februari 2025, rangka wanita tersebut telah pun dituntut oleh pihak keluarga. Ratusan penduduk berkumpul di rumah mangsa bagi memberikan penghormatan terakhir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang