Nekad lari setelah didera suami, keluarga mentua remaja malang dirogol 400 lelaki

rogol
rogol
A
A
A

IBARAT terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan terjadi kepada seorang remaja berusia 16 tahun di India ini.

Pada mulanya dia dipaksa berkahwin di usia muda namun didera oleh suami dan keluarga mentua 'dari neraka' menjadikan perempuan itu nekad melarikan diri.

Pun begitu, deritanya tidak berakhir di situ, kepulangan semula ke rumah bapa kandung untuk mencari perlindungan tapi malangnya si ayah pula enggan menjaganya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lalu remaja terbabit hilang tempat berlindung, sehinggalah terpaksa menghuni di Stesen Bas Ambajogai, India selama enam bulan.

Pada ketika itulah, dia mendakwa melalui detik hitam menjadi mangsa rogol nafsu serakah 400 oranglelaki.

wanita stres sedih

Lebih mengejutkan apabila dilaporkan perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan kesemua suspek dalam tempoh enam bulan. Sangat kejam!

Menurut laporan India Today, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

Tetapi malangnya, remaja tersebut mendakwa laporan yang dibuat tidak dilayan namun sebaliknya dirinya sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual oleh salah seorang anggota polis yang bertugas. Difahamkan, dia kini sedang hamil dua bulan.

Baca juga Manusia diramal bakal menghuni ruang angkasa, Bumi bakal jadi 'planet percutian'

Menurut laporan, kes ini telah difailkan di bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-kanak. Bapa dan saudara-mara kemungkinan akan dikenakan tindakan kerana memaksa mangsa berkahwin ketika di bawah umur.

Sehingga kini, seramai tiga orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber: India Today

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang