Nelayan dakwa makhluk asing beri bayangan fasal wabak Covid-19 dan Perang Dunia ke-3 ketika diculik 50 tahun lalu
PERCAYA atau tidak, seorang nelayan mendakwa dirinya pernah diberikan amaran tentang kejadian pandemik Covid-19 dan Perang Dunia Ketiga selepas diculik oleh makhluk asing.
Dipetik daripada media antarabangsa, Mirror.co.uk, Calvin Parker memberitahu, kejadian itu berlaku sekitar 50 tahun lalu ketika beliau masih muda remaja.
Pertemuan Parker, 58, dengan makhluk asing tersebut dikatakan berlaku di Pascagoula, Mississippi, Amerika Syarikat sewaktu beliau sedang memancing di tebing sungai bersama rakan, Charlie Hickson.
Baca juga:Jadi jutawan segera selepas jumpa harta karun di dalam beg lama dekat loteng rumah. Bertuah sungguh
Baca juga:Rumah agam berpuaka di lereng bukit kelibat entiti 2 beradik di balkoni bikin ramai seram
"Ada sebuah UFO (objek terbang tidak dikenali) mendarat di kawasan berhampiran. Makhluk tersebut mempunyai fizikal aneh dengan kuku seperti udang galah, manakala hidung dan telinga kelihatan seperti lobak merah.
"Kemudian saya terlihat seperti ada satu tayangan visual tentang amaran wabak yang akan mengancam manusia begitu juga dengan kejadian peperangan melibatkan beberapa buah negara," ujar beliau ketika menceritakan peristiwa yang berlaku pada tahun 1973 ketika berumur 19 tahun.
Parker juga tidak menafikan telah wujud bermacam jenis wabak sebelum itu, namun beliau menegaskan, ramalan yang ditunjukkan makhluk asing berkenaan lebih parah berbanding biasa.
"Hal itu berlaku disebabkan manusia sering melakukan kerosakan sehingga TUHAN perlu memberikan pengajaran. Manusia juga hilang kepercayaan satu sama lain sehingga mengakibatkan perbalahan.
"Sumber makanan berkurangan sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk terus kekal hidup," ujar beliau.
Sementara itu, pendedahan tentang Perang Dunia Ketiga pula bakal menyaksikan kekacauan akibat peperangan antara beberapa buah negara sehingga mengakibatkan tubuh manusia mencair.
"Saya tidak pasti sama ada ia perang nuklear atau bukan. Namun, apa yang pasti peperangan itu berpunca disebabkan negara ingin mempamerkan kekuatan masing-masing. Bekalan makanan berkurangan, tanah beracun sehinggakan tidak mampu untuk menanam pokok selepas perang.
"Bekalan air juga terputus dan mengakibatkan kelaparan teruk," kata Parker lagi.
Ramalan Parker itu kemudian telah menarik minat Penyiasat UFO Britain, Philip Mantle sehingga beliau menerbitkan buku bertajuk, Pascagoula-The Closest Encounter.
"Ini seperti satu sumpahan yang sukar untuk dibincangkan lebih-lebih lagi melibatkan gambaran masa depan yang tidak baik.
"Kita boleh menolak bayangan ini, tetapi perlu dipertimbangkan apabila terdapat beberapa saksi lain yang turut mempunyai fakta serupa tentang malapetaka dunia," terang Mantle.
Parker memberitahu, selepas peristiwa bertemu makhluk asing itu, tubuhnya sering mudah jatuh sakit.
Namun, setelah sekian lama kejadian tersebut berlaku, tahap kesihatannya kini sudah semakin baik.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang