MENCARI rezeki dengan berniaga tepi jalan bukannya mudah. Kadang-kadang laku, kadang-kadang tiada seorang pun pelanggan yang datang untuk membeli.

Lebih-lebih lagi musim wabak pandemik ketika ini, ramai yang terpaksa keluar mencari nafkah, meskipun hanya berjualan barangan yang ada di rumah termasuk pinggan mangkuk.

Barangkali terdesak memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, barang yang ada terpaksa dijual.

Demikian kisah yang dikongsikan pengguna TikTok, Visbrila mengenai seorang warga emas berjualan pinggan mangkuk di tepi jalan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.

nenek ditipu

Hanya bermodalkan beberapa pinggan dan mangkuk kaca yang diletakkan di dalam raga berwarna biru, nenek yang memakai tudung sarung berwarna merah itu dilihat sibuk bercerita.

Niat untuk membeli bertukar menjadi sesi meluahkan perasaan apabila nenek itu bercerita sambil memegang sampul putih.

Alkisahnya, peniaga tua yang dikenali Sariyo itu memberitahu beliau ditipu pelanggan tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Melalui video yang dikongsikan, Visbrila menceritakan kisah pilu warga emas itu yang yang terpaksa berpanas hujan demi mencari sesuap nasi tetapi ditipu hidup-hidup.

@vs.brlbecandaan paling galucu 🙂

♬ original sound – Marphina

Tulisnya, nenek tersebut didatangi oleh pasangan suami isteri dengan menaiki sebuah motosikal untuk membeli pinggan dan mangkuk yang dijual.

Sebelum beredar, pasangan itu memberi sampul tebal yang dikatakan berisi wang untuk nenek tersebut namun sebaik sahaja dibuka, hanya kertas kosong.

“Boleh ya suka-suka menipu orang tua yang mencari makan dengan jual pinggan mangkuk di tepi jalan.

“Pura-pura beri sampul yang dikatakan berisi wang sedangkan ia hanyalah kertas kosong!,” tulis wanita itu dengan nada marah.

nenek

Video yang dikongsikan gadis tersebut menerima lebih 150,000 tanda suka dan lebih 2,800 komen.

Memang sedih mendengar kes-kes penipuan membabitkan peniaga yang sedaya upaya untuk mencari rezeki halal.

Iklan

Lagi mengundang sebak, ada pula insan yang tergamak menipu peniaga terutamanya warga emas yang tidak berdaya tanpa belas kasihan.

Rata-rata warganet yang mengikuti kisah tersebut turut berkongsi beberapa komentar positif.

nenek

Tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat buat nenek itu meneruskan hidup.

nenek

Iklan

Meskipun dilanda musibah, namun nenek tua itu tetap bersyukur.

nenek

Moga-moga insiden yang berlaku kepada nenek Sariyo itu tidak berlaku di Malaysia ya?

Apapun dugaan yang menimpa, SinarPlus mendoakan semua peniaga terus bersemangat dan dimurahkan rezeki melimpah ruah.

Jangan patah semangat dan percayalah rezeki ALLAH itu luas. #janganputusasamalaysia