Niat baik remaja pulangkan dompet penuh duit dibalas dengan ganjaran tak disangka, siap ada crowdfund khas lagi...

A
A
A

BETULLAH orang kata, kalau kita berbuat baik dengan orang, kita akan dibalas dengan kebaikan atau ganjaran yang tak disangka-sangka.

Kisah Vince Hietpas dan bapanya, Lorenzo yang tinggal di Wisconsin, Amerika Syarikat yang dilaporkan sebuah portal antarabangsa benar-benar menyentuh hati netizen.

Lapor inspiredstories.net, remaja berusia 11 tahun tersebut menemui sebuah dompet ketika beriadah di Voyageur Park bersama ayahnya.

Kalau tak fikir panjang, duit yang berkepuk dalam beg berkenaan boleh digunakan untuk kepentingan peribadi saja.

ganjaran dompet hilang

Kalau orang lain mungkin ya, mereka boleh ambil wang tersebut dan buat tak tahu jer, kan?

Namun, tidak bagi Hietpas dan bapanya apabila mereka gigih mencari alamat pemilik untuk memulangkannya semula.

Tak mengambil masa yang lama, anak beranak itu berjaya menjumpai rumah pemilik dompet tersebut berdasarkan lesen memandu.

ganjaran dompet hilang

Pun demikian, ketika mereka berkunjung ke kediaman itu, pemilik dompet tersebut, Chase Dahlke, 17, tiada.

Namun, ibu bapa remaja itu, Michele dan Jason kebetulan berada di rumah.

Baca juga Dompet hilang 53 tahun berjaya ditemui semula, tak sangka boleh jumpa

Mereka meluahkan rasa syukur apabila ada individu yang baik hati memulangkan semula beg milik anaknya.

ganjaran dompet hilang

Bagi membalas budi, wanita pemurah itu turut memberikan hadiah berupa duit kepada remaja prihatin berkenaan.

GANJARAN

Nampaknya impak kebaikan yang dilakukan Hietpas tidak terhenti setakat itu sahaja.

Michele kemudian berkongsikan kisah tersebut di Facebook dan cuba mencari anak jujur itu untuk berkenalan lebih lanjut.

ganjaran dompet hilang

Tanpa disangka-sangka, ada kisah sedih menyelubungi keluarga Hietpas.

Melalui informasi yang dikongsikan rakan Facebook, famili remaja tersebut sedang mengalami masalah kewangan.

Ini kerana bapa Hietpas, Lorenzo tidak boleh bekerja seperti biasa selepas dijangkiti wabak Covid-19.

ganjaran dompet hilang

Lebih malang, masalah kesihatan yang dihadapi oleh lelaki itu lebih parah apabila mengalami isu pada saluran pernafasan.

Simpati dengan situasi yang melanda, Michele kemudiannya membuat kutipan derma kilat untuk membantu.

ganjaran dompet hilang

Atas keprihatinan orang ramai, sumbangan berjumlah lebih RM40,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada famili berkenaan untuk meringankan beban.

Ibarat rezeki jatuh tergolek depan mata, bantuan tersebut memberi sinar buat keluarga malang itu.

Memang hebat kuasa viral, kan? Nasib golongan yang terhimpit dapat dibantu sebaik mungkin.

ganjaran dompet hilang

Baca juga Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Moga kisah ini memberi iktibar kepada semua.

Percayalah, jika kita berbuat baik, insya-ALLAH akan dibalas dengan kebaikan yang tak dijangka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang