OBSES dengan cinta ‘online’, seorang wanita di bandar Hyderabad, Telangana, India ditahan kerana menculik seorang penyampai televisyen dengan niat untuk mengahwininya.

Pemilik perniagaan pemasaran digital, Bhogireddy Trishna, 31, nekad untuk berbuat demikian selepas ‘jatuh cinta’ kepada Pranav Sistla sewaktu melihat profil lelaki tersebut di sebuah laman mencari jodoh dua tahun lalu.

Menurut polis, Trishna menyelidik dan menjumpai nombor penyampai berkenaan.

Namun, apabila Trishna berbalas mesej dengan Pranav, belaiu menyedari bahawa itu bukan lelaki yang dicari dan akaun tersebut palsu.

Baca juga:‘Ramai wanita layak jawatan BOD, kena keluar daripada kepompong.’- Nancy Shukri

Lantas wanita berkenaan sedaya upaya menghubungi Pranav sebenar dan akhirnya berjaya bagi memaklumkan berkenaan akaun palsu.

Pranav kemudian bertindak membuat laporan polis tetapi Trishna masih terus mengganggu hingga mangsa terpaksa menyekat nombor telefonnya.

Dek kerana kecewa cinta ditolak, Trishna nekad untuk mengahwini Pranav dengan merancang untuk menculiknya.

Berikutan itu, dia mengupah empat orang untuk melaksanakan impiannya selain memasang alat pengesan di kereta mangsa untuk menjejaki pergerakan.

Baca juga:Rawan Dweik wanita sindrom down pertama berjaya hafal 30 juzuk al-Quran

Rancangan penculikan dilakukan pada 11 Februari lalu, Pranav dibawa ke pejabat wanita berkenaan dan yang paling menyedihkan beliau dipukul dengan teruk.

Iklan

Kata polis lagi, selepas dilepaskan, mangsa memfailkan laporan polis di balai polis Uppal.

“Wanita itu telah ditangkap polis Uppal dan usaha mencari yang lain sedang dijalankan,” katanya.

Ikut rasa binasa, ini contoh dek kerana terlalu taasub sehingga sanggup bertindak di luar dugaan.

Kepada wanita ‘single’ di luar sana, jangan risau tentang ‘jodoh’. Pasti akan sampai pada waktunya cuma lambat atau cepat je.

Iklan

Sumber : Hindustan Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!