KEKURANGAN diri bukan penghalang mengecapi impian.

Dengan tekad dan kesungguhan, seorang remaja sindrom down, Rawan Dweik dari Yordania Jordan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

Beliau menjadi individu pertama di dunia daripada golongan itu yang memecah rekod melakukan ‘keajaiban’ berkenaan.

Umum mengetahui bahawa sindrom down terjadi karana kelainan kromosom genetik sekali gus menjadikan seorang anak mengalami keterlambatan dalam perkembangan fizik dan intelektual.

Meskipun tidak seperti remaja lain namun Rawan membuktikan dia mampu menghafal seluruh al-Quran.

Ibunya, Awatef Jaber yang merupakan penyokong kuat di sebalik perjuangan puterinya itu cukup berbangga dan kagum dengan prestasi Rawan.

“Saya mempunyai empat anak perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah, Rawan adalah anugerah dari Tuhan. Kekurangan yang ada menjadi satu kelebihan buat dirinya,” katanya.

Awatef turut berkongsikan pengalamannya ketika melahirkan Rawan.

Baca juga:10 tahun jadi ibu tunggal, Ayu Ting Ting bakal akhiri zaman solo dengan kolonel tentera

Katanya, beliau tidak dapat membendung kekecewaan apabila diduga mempunyai anak sindrom down.

“Namun, saya berjanji kepada ALLAH SWT akan mengajarnya membaca dan membantu menghafal al-Quran,” tuturnya.

Kaedah menulis & menghafal

Menurutnya, Rawan cepat belajar dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.

Susulan perkembangan tersebut, sang ibu itu kemudian mendaftarkan anaknya ke sekolah ketika berusia enam tahun.

Baca juga:‘Memang struggle, dengan pelat R lagi…’Lisa Surihani kongsi bertahun baiki ‘hubungan’ dengan al-Quran beri inspirasi

Awatef berkata, bagi menguasai keseluruhan al-Quran, Rawan menggunakan kaedah menulis dan menghafal setiap ayat.

“Beliau memerlukan satu setengah tahun untuk menghafal Surah al-Baqarah dan lulus dalam ujiannya.

Iklan

“Rawan terus menghafal al-Quran selama tujuh tahun,” katanya.

Baca juga:Tamat hafaz 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun, ibu ini kongsi amalan anak

Menerusi video tular, Rawan menceritakan bagaimana dirinya menghafal dengan bantuan ibu dan gurunya.

“Ibu membacakan satu ayat dan saya akan mengulanginya.

“Saya berbuat demikian untuk setiap halaman sampai saya mengingatinya,” katanya.

Iklan

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Setiap insan jangan beranggapan kekurangan dan kecacatan satu ‘bongkah batu’ yang menghalangi laluan kita untuk erjaya.

Teruslah bersangka baik dengan perancangan sang Pencipta kita.

Sumber : Langit7

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!