PELAKON Al Pacino menjadi selebriti kedua selepas Robert De Niro apabila memasuki senarai lelaki yang bergelar bapa pada umur yang sudah lanjut.

Entertainment Tonight melaporkan, Bintang Godfather itu teruja dan gembira kerana sekali lagi berpeluang merasai nikmat sebagai seorang bapa saat menimang bayi keempat dalam hidupnya.

Pun begitu, beliau mengakui terkejut dan tidak menyangka akan dikurniakan cahaya mata pada usia ‘senja’ iaitu 83 tahun.

“Saat orang lain menimang cucu pada usia 83 tahun, saya pula dikurniakan bayi lelaki. Apa pun saya sangat gembira,” ujarnya.

al pacino

Bayi yang lahir pada 15 Jun lalu diberi nama Roman Pacino.

Al Pacino menimang bayi lelaki itu menerusi perkahwinan kali keduanya bersama seorang wanita dikenali sebagai Noor Alfallah yang merupakan seorang penerbit dalam industri hiburan di Hollywood.

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

SUKA LELAKI LEBIH BERUSIA
Berbeza usia 54 tahun, Noor Alfallah dan Al Pacino dikatakan menjalin hubungan sejak pandemik Covid-19 dan mula diketahui umum sejak tahun 2022.

Justeru, kehadiran si kecil itu adalah tanda kasih dan bukti wanita berkenaan yang sangat mencintai Al Pacino serta menyukai lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya.

Difahamkan, sebelum bersama selebriti tersohor itu, beliau pernah menjalin hubungan dengan lelaki lain yang lebih berusia.

pacino

Iklan

Baca ni Miliki 7 suami serentak, wanita ini dedah rahsia kahwin ramai semata-mata dapatkan ‘kuasa’

Namun, hal yang tidak berapa enak didengar bertebaran kononnya mengatakan Noor Alfallah mendekati Al Pacino kerana hartanya.

Spekulasi itu kemudian disangkal apabila laporan Page Six mengatakan wanita berasal dari Kuwait itu sebenarnya anak orang berada.

al pacino
Gambar sumber: Instagram/@prideofgypsies

Sekadar makluman, selain Roman, Pacino sebelum itu memiliki tiga anak perempuan iaitu Julie Pacino, 33, dan kembar Olivia Pacino dan Anton Pacino yang kini berusia 22 tahun.

Iklan

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.