Padah ikut trend di TikTok, 4 maut patah leher meninggal dunia serta merta
Padah ikut trend di TikTok, 4 maut patah leher meninggal dunia serta merta
EMPAT individu dilaporkan maut di Alabama, Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam bulan lalu hanya kerana terjebak dengan cabaran di TikTok.
Cabaran TikTok itu memerlukan mereka melompat dari belakang bot sedang bergerak laju termasuklah melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti backflip.
Ada yang melompat membelakangi laut atau tasik, manakala yang lain melakukan larian ke belakang.
Susulan daripada cabaran tersebut, pegawai negeri berkata, kesemua mangsa mengalami patah leher dan disahkan meninggal dunia serta-merta.
Menurut skuad penyelamat bandar Childersburg iaitu Kapten Jim Dennis, keempat-empat mangsa adalah lelaki.
Jim Dennis yakin, kesemua individu yang melakukan cabaran berisiko itu hanya kerana mahu berkongsi rakaman video di media sosial dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
"Dalam enam bulan lalu, kami menerima laporan empat lemas yang mana insiden itu sepatutnya boleh dielakkan.
"Mereka melakukan cabaran TikTok. Hasil siasatan, empat mereka itu melompat keluar dari bot dan mengalami patah leher dan mengakibatkan kematian serta-merta," kata Kapten Jim Dennis, dari Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama.
Katanya, beliau berpendapat apabila seseorang itu dirakam di kamera, mereka cenderung melakukan perkara bodoh kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan mereka di media sosial.
Kapten Dennis berkata, insiden sebelum ini berlaku pada Februari. Lelaki yang meninggal dunia itu berusia pertengahan umur dan mempunyai isteri dan tiga anak bersamanya dan perbuatannya dirakamkan isterinya ketika dia meluncurkan dirinya dari belakang bot.
WPDE-TV melaporkan insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu, dengan membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.
Menurut laporan, dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok juga adalah lelaki.
Terdapat cabaran TikTok lain yang meragut nyawa sebelum ini.
Pada Mei lalu, seorang gadis berusia 16 tahun di Perancis maut kerana mencuba 'permainan selendang' yang tular iaitu variasi 'cabaran blackout' TikTok yang sebelumnya sudah meragut beberapa nyawa.
Trend berbahaya itu dilakukan dengan mengikat kain di leher sehingga sesak nafas dan pengsan kerana didakwa pengaruh internet.
Malangnya, eksploitasi 'cabaran blackout' itu boleh menyekat aliran oksigen ke otak, menyebabkan sawan, kecederaan serius dan juga kematian.
Moga perkara seperti ini tidak terjadi di negara kita. Tak perlu ikut trend pelik-pelik hingga ragut nyawa sendiri.
Sumber: Daily Mail, New York Post
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang