Paling pantas dan tercalon team penyapu terbang Quidditch! Kenali ‘Hoary Potter’ dinobatkan kelawar paling cantik di dunia
MEMANG pelik tapi itulah situasi yang berlaku di Ashland, Kentucky, Amerika Syarikat apabila seekor kelawar dinobatkan pemenang pertandingan ratu cantik.
Hoary Potter dari Oregon itu berjaya mengalahkan pesaing seluruh dunia dengan kelebihan paling pantas dan tercalon untuk pasukan penyapu terbang, Quidditch.
Boleh dikatakan pertandingan kecantikan kelawar yang dianjurkan Biro Pengurusan Tanah Amerika Syarikat itu berjaya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, peserta semuanya terdiri daripada mamalia bersayap itu memeriahkan penganjuran sempena Minggu Kelawar Antarabangsa yang dianjurkan sejak tahun 2019.
Lapor Associated Press (AP) News, Hoary Potter mengalahkan pesaing rapat, Lestat iaitu kelawar berkaki kecil dari Idaho dalam pusingan terakhir.
Lucunya, ia juga dikatakan berjaya mengalahkan kelawar sensasi bertelinga besar yang bernama Sir Flaps-A-Lot dari Utah.
Gelaran juara yang diraih Hoary Potter itu merupakan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut oleh negeri yang terletak di wilayah Barat Laut Pasifik, Amerika Syarikat berkenaan.
Haiwan itu dikatakan pantas terbang dan bijak membalut diri dengan ekor untuk meniru daun kering bagi mengelirukan pemangsa lain.
Disebabkan sifat yang unik, Hoary Potter tercalon sebagai ‘pemain’ pasukan Quidditch bagi tahun ini.
Tahun lepas, direkodkan kelawar bertelinga besar jenis Townsend yang dinamakan William ShakespEAR dari Selatan Oregon menduduki tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Diikuti pada tahun 2022, kelawar ngarai bernama Barbara yang juga dari Selatan Oregon diisytiharkan sebagai pemenang ratu cantik berkenaan.
Bagaimana haiwan liar tersebut boleh menang mudah?
Sebenarnya, agensi persekutuan mengambil inisiatif mempotretkan beberapa foto menarik berkaitan populasi kelawar seluruh dunia dan kemudian menyiarkan gambar tersebut di akaun media sosial.
Orang ramai disarankan untuk mengundi kelawar paling comel untuk dipertandingkan dalam contest tahunan melucukan tersebut.
Tak salah nak bertanya, tapi jangan sampai menghina dengan tuduhan mandul dan sebagainya.
Boleh dikatakan ia sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ekologi haiwan di tanah awam yang dikatakan semakin terancam.
Sementara itu, juruteknik hidupan liar yang membidik foto Hoary Potter, Emma Busk berkata, kelawar memainkan peranan penting untuk alam sekitar dengan memakan serangga dan membantu pendebungaan serta buah-buahan.
Bagaimanapun, kelawar kerap disalahertikan sebagai penyebar penyakit menakutkan sehingga kehidupannya terancam.
"Kurang daripada 1 peratus daripada semua populasi kelawar sebenarnya membawa rabies dan penularan penyakit kelawar kepada manusia sebenarnya sangat rendah," katanya.
Busk berharap acara sedemikian dapat memupuk rasa cinta dan sayang kepada satu-satunya mamalia terbang yang semakin pupus.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang