Pelik-pelik ganjaran vaksin untuk rakyat. Ini yang berlaku di Amerika Syarikat dan Thailand
PEMBERIAN vaksin Covid-19 dilihat semakin rancak dilaksanakan di seluruh dunia bagi membendung penularan wabak pandemik itu semakin serius.
Banyak pilihan vaksin yang terkenal di dunia seperti Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Moderna dan banyak lagi.
Setakat ini, merujuk kepada data yang dikongsikan ourworldindata.org, hanya seramai 5.9 peratus populasi dunia menerima suntikan vaksin iaitu melibatkan 458 juta penduduk saja.
Sedangkan jumlah populasi dunia seramai 7.7 bilion dengan China merekodkan paling ramai penghuni.
Masih jauh nak kejar untuk mencukupkan kesemua jumlah penduduk supaya dapat divaksin sepenuhnya sebagai langkah pencegahan.
Tidak dinafikan, sebenarnya, masih ramai yang takut-takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 khususnya warga emas dan generasi muda. Tak kurang juga wujudnya golongan antivaksin.
Bukan saja dimomokkan dengan fakta kurang tepat, mereka juga kurang senang dengan kesan suntikan yang dikatakan boleh mencetuskan penyakit lain. Wallahualam.
Mungkin disebabkan sambutan suntikan vaksin agak sendu, beberapa negara mengambil pendekatan luar biasa untuk merancakkan lagi penyertaan rakyat.
Di Amerika Syarikat misalnya, pemerintahnya menawarkan hadiah penuh kontroversi sempena kempen Joints for Jab.
Masakan tidak, untuk mereka yang mendaftar akan diberikan ganja sebagai ganjaran.
Lapor cnn.com, langkah drastik itu bagi menggalakkan lagi ramai mengambil peluang untuk menyertai program imunisasi yang sedang rancak dijalankan.
Bahkan lebih mengejutkan, Lembaga Minuman keras dan Ganja (LCB) Washington turut membenarkan baucar ganja ditebus di semua peruncit di negeri itu.
Nak kata ini berita baik atau sebaliknya pun susah juga ya? Di sana, ganja dibenarkan untuk dijual secara terbuka dan kempen itu berlangsung hingga 12 Julai nanti.
Selain itu, terdapat ganjaran lain ditawarkan seperti minuman alkohol percuma dan hadiah loteri berjumlah hingga RM1,029,375 untuk dimenangi. Banyak tu! ?
Bukan saja kerajaan yang ditadbir Joe Biden itu mengambil pendekatan rare, ada juga beberapa negara lain yang menawarkan hadiah tak masuk akal kepada rakyatnya.
Antaranya di Thailand, kerajaan menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa barangan perhiasan emas dan anak lembu manakala di Filipina juga ditawarkan lembu sebagai ganjaran loteri.
Ya! Bukan main-main hadiah yang ditawarkan untuk penduduk khususnya di kawasan pedalaman yang masih belum berminat untuk menyertai program vaksin yang dijalankan.
Jika di Hong Kong, China pula ditawarkan sebuah pangsapuri bernilai RM5.8 juta, hasil sumbangan sekumpulan hartawan sebagai ganjaran cabutan bertuah.
Di Malaysia bagaimana? Penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas akan diberikan potongan harga hingga RM8 untuk perkhidmatan grab ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin seluruh negara.
Selain itu, apa hadiah lagi? Pemberian vaksin secara percuma itulah hadiah kerajaan buat rakyat. ?
Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar di MySejahtera dan tunggu giliran. Memang jenuh menunggu, tetapi bersabarlah.
Apa yang penting, buat masa ini sebelum dipanggil untuk vaksin, jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan selain hanya keluar rumah bila perlu saja. #kitajagakita#kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang