Penangan tonton bola di stadium, hampir 2,000 penyokong Scotland positif Covid-19

A
A
A

GARA-GARA hadir ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2020 baru-baru ini dilaporkan hampir 2,000 penyokong dijangkiti Covid-19.

Memetik laporan BBC, puluhan ribu penyokong dipercayai pergi ke London walaupun amaran telah

dikeluarkan kecuali mereka yang mempunyai tiket.

Pengarah Klinikal Kebangsaan negara itu, Prof Jasib Leitch menzahirkan kekecewaan kerana hampir

2,000 daripada 32,000 kes direkodkan di Scotland sejak 11 Jun lalu adalah berkaitan perlawanan Euro 2020.

Sementara itu, Public Health Scotland (PHS) pula menjelaskan bahawa dua pertiga daripada 1991 kes merupakan kumpulan penyokong yang ke London untuk menyaksikan pertembungan antara Scotland dan England pada 18 Jun lalu.

Ini termasuklah 397 peminat berada di dalam Stadium Wembley yang turut menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebilangan kecil kes dilaporkan menghadiri Fanzone di Glasgow atau dua perlawanan tuan rumah

Scotland di Hampden.

Penangan tonton bola di stadium, hampir 2,000 penyokong Scotland positif Covid-19

Difahamkan, Scotland hanya memperuntukkan 2,600 tiket untuk perlawanan di Wembley kerana kekangan pandemik Covid-19.

Selain itu, PHS juga melaporkan terdapat 55 kes berkaitan dengan zon penyokong di Glasgow, diikuti 38 kes melibatkan penyokong semasa perlawanan antara Scotland dan Croatia.

Baca juga Kanak-kanak dicampak, dihempas 27 kali ketika latihan judo. Koma 70 hari akhirnya meninggal dunia

Sementara itu, 37 kes pula melibatkan penyokong yang menonton perlawanan antara Scotland dan Republik Czech.

“Langkah kesihatan awam telah diambil terhadap kontak rapat kes-kes tersebut,” kata PHS.

Sumber: BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang