Pengalaman ‘ajaib' hamil tanpa sedar, bayi lelaki selamat dilahirkan atas kerusi

A
A
A

DISAHKAN mengandung hanya beberapa hari sebelum bersalin pada usia kandungan 39 minggu sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Walaupun ada pihak yang mendakwa tidak masuk akal kerana berlaku kepada ibu yang pernah melalui pengalaman hamil, namun dari sudut perubatan kes sebegini tidak mustahil terjadi.

Malah terdapat juga kes yang lebih jarang-jarang berlaku yang mana si ibu langsung tidak menyedari kehamilan sehingga tiba-tiba terus bersalin.

Begitulah yang berlaku kepada wanita berusia 23 tahun yang berasal dari Netherlands yang mana dia langsung tidak mengetahui dirinya mengandung sehinggalah tiba-tiba bersalin seorang bayi lelaki di atas sebuah kerusi.

Wanita yang dikenali sebagai Jessica Aaldering terkejut apabila dia selamat melahirkan bayi tersebut di atas kerusi di sebuah klinik gigi.

Apa yang lebih mengejutkan, dia langsung tidak mempunyai perut yang besar seperti kebiasaan ibu mengandung yang lain dan lebih membingungkan, Jessica masih ‘datang bulan’ seperti biasa.

Pengalaman ‘ajaib' hamil tanpa sedar, bayi lelaki selamat dilahirkan atas kerusi

Memetik laporan portal 7news.com, Jesscia pada mulanya hanya berasa sakit pada bahagian perutnya selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Dia juga turut menyangka kesakitan yang dialami itu adalah disebabkan oleh kesan yang mana dia jatuh akibat tergelincir sebelum itu.

Kebetulan juga ketika itu seorang anggota polis melihat Jessica sedang berada dalam keadaan yang sangat sakit sehingga tidak mampu untuk berdiri dan polis tersebut segera memberikan bantuan.

Polis itu membawanya ke klinik gigi yang berada di kawasan berhampiran. Selang beberapa minit, Jessica dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sifat.

Namun, ketika proses bersalin tersebut, dilaporkan tali pusat telah terputus. Bayi itu tidak bernafas dan tidak menangis.

Pengalaman ‘ajaib' hamil tanpa sedar, bayi lelaki selamat dilahirkan atas kerusi

Pegawai polis itu terus bertindak pantas dengan segera mengurut dada bayi itu dan akhirnya bayi itu memberi respon dengan menarik nafas pertama serta mula menangis.

Jessica kemudiannya segera dibawa ke hospital menaiki ambulan untuk mendapat rawatan susulan.

Bayi yang telah diberi nama Herman itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Setelah menjalani pemeriksaan, Herman disahkan lahir 10 minggu lebih awal dan mengalami sedikit masalah paru-paru ketika dilahirkan.

Sumber : 7news.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang