Pengantin perempuan histeria atas pelamin, netizan terkejut tindakan suami selepas itu...

A
A
A

MAJLIS pernikahan dan persandingan sememangnya meriah apabila dihiasi pelamin indah memukau pandangan, ditambah sajian nasi minyak yang enak untuk para tetamu.

Lebih seronok, kebahagiaan istana cinta dikongsi bersama saudara-mara dan sahabat-andai yang berkesempatan berkunjung bersama ucapan serta hadiah kenangan.

Pun begitu, tidak semua majlis persandingan yang gah itu berakhir dengan kegembiraan.

Insiden yang dipercayai berlaku di Indonesia itu menjadi perbahasan hangat ramai netizan apabila menerima lebih 1 juta tontonan.

pengantin histeria

Perkongsian @naimazharrr dalam akaun Twitternya antara lain menulis bahawa beliau tidak menyangka video pendek berdurasi 1 minit 17 saat itu terus menjadi viral.

Apa yang menarik mengenai video berkenaan adalah reaksi pengantin perempuan yang seolah-olah diserang histeria selepas seorang pemuda naik ke atas pentas untuk mengucapkan tahniah.

Pada awal rakaman itu, kelihatan seorang pemuda yang sedang duduk di meja makan seolah-olah dikerumuni ramai orang sebelum dipanggil untuk naik ke pentas.

Barangkali sudah menjadi trend majlis perkahwinan di negara seberang itu menjemput bekas kekasih atau suami untuk bertandang ke majlis perkahwinan sekadar untuk ucapan tahniah.

Sebaik sahaja pemuda itu naik ke pentas, si pengantin perempuan mula meraung dan menjerit sekuat hati tanpa mengendahkan orang ramai yang menonton sebelum pengsan.

pengantin histeria

Kelihatan pengantin lelaki juga terpinga-pinga melihat apa yang berlaku sebelum ditenangkan pengapit perempuan. Pemuda yang datang berkunjung itu juga terkejut sebelum dibawa turun pentas.

Apa yang lebih tragis, wanita itu dikatakan sudah diceraikan suami kerana tindakannya dikatakan memalukan keluarga dan diminta membayar pampasan berjumlah 50,000,000 rupiah (RM14419.16).

pengantin histeria

Tidak mahu diri dipersalahkan dalam insiden tersebut, pemuda yang dikatakan bekas kekasih wanita itu tampil memberikan penjelasan melalui video berdurasi dua minit 20 saat.

Bagi mereka yang menonton barangkali boleh membuat huraian sendiri kerana kehadiran pemuda itu sebenarnya atas jemputan kedua-dua mempelai, namun lain pula jadinya.

Rata-rata netizan yang mengikuti video terbabit berkongsi info yang diperolehi mengenai pasangan pengantin yang dikatakan berkahwin atas permintaan keluarga.

pengantin histeria

Tidak kurang juga yang kata, jangan dijemput bekas kekasih atau suami ke majlis perkahwinan. Bukan memeriahkan suasana tetapi menambah derita.

pengantin histeria

pengantin histeria

Ada juga komen lucu netizan yang melihat perwatakan pemuda yang datang bersama beg tote seolah-olah baru pulang daripada kelas tuisyen. Aduhai komen netizan ni pun.

pengantin histeria

Mungkin insiden seumpama itu boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Ramai yang beranggapan video yang tular itu menjejaskan imej kedua-dua pengantin baharu.

Terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Harap-harap perkara seumpama itu tidak berulang lagi ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang