Pengantin perempuan positif Covid-19, perkahwinan tetap dilangsungkan ala Romeo dan Juliet

Pengantin perempuan positif Covid-19, perkahwinan tetap dilangsungkan ala Romeo dan Juliet
Pengantin perempuan positif Covid-19, perkahwinan tetap dilangsungkan ala Romeo dan Juliet
A
A
A

COVID-19 yang melanda dunia ketika ini bukan penghalang buat pasangan ini apabila tetap melangsungkan perkahwinan walaupun pengantin perempuan disahkan positif.

Ini semua gara-gara Lauren Jimenez, 29, dan Patrick Delgado, 27, telah beberapa kali terpaksa mengubah tarikh perkahwinannya akibat pandemik itu.

Menurut laporan Dailymail.co.uk, pasangan itu akhirnya disatukan pada 20 November lalu walaupun Lauren disahkan positif tiga hari sebelumnya.

Demi mengelakkan risiko jangkitan, mereka sepakat untuk melangsungkan perkahwinan ala-ala versi Romeo and Juliet.

Kelihatan Lauren lengkap berbaju gaun putih duduk di tepi tingkap biliknya di tingkat dua dan Delgado pula hanya berada di bawah.

Baca juga Sayu hati anak yang dikendong meninggal dunia ketika mengemis

Mereka tidak dapat menyentuh dan berpegang tangan seperti pengantin lain, namun hanya dihubungkan dengan tali bewarna putih berukuran 30 kaki.

Kata Patrick, dia sentiasa berhati-hati.

"Kami berhati-hati sepanjang masa, kami pastikan sentiasa memakai pelitup muka di mana-mana.

"Apabila Lauren mendapat keputusan ujian positif itu, saya jujur, ia sangat mengejutkannya," katanya.

Setelah perkenalan selama empat tahun dan setahun bertunang, pasangan itu tidak dapat menunda tarikh lagi kerana lesen perkahwinan mereka hampir tamat tempoh.

Mereka kemudian akan kembali bertemu selapas Lauren selesai menjalani kuarantin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang