Pengawal lalu lintas jadi hero selamatkan kanak-kanak walau hampir terkorban dilanggar pemandu cuai. Ini kronologi kes

Untitled design (74)
Untitled design (74)
A
A
A

SEORANG pengawal lalu lintas menjadi hero apabila membiarkan dirinya cedera demi menyelamatkan seorang pelajar sekolah yang juga kanak-kanak daripada dilanggar.

Dalam kejadian lebih kurang pada pukul 7.30 pagi, Jumaat lalu menyaksikan Koperal Annette Goodyear dari Jabatan Polis Timur Laut, Maryland, Amerika Syarikat dilanggar oleh sebuah kereta sedan berwarna hitam.

Semasa kejadian, secara serentak pelajar berkenaan mahu menyeberang jalan.

Lapor New York Post, Goodyear yang lengkap memakai jaket oren terang dan bertopi dikatakan terlebih dahulu mengangkat tangan memberi isyarat kepada kenderaan untuk berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki.

Pun demikian, perkara yang terjadi adalah sebaliknya.

"Sebaik sahaja pelajar itu melintas di tengah jalan yang licin, sebuah kereta sedan hitam tiba-tiba muncul. Goodyear secara spontan merangkul dan menolak pelajar berkenaan ke seberang jalan.

Baca juga 'Selamatkan Fawaz Al-Qatifan' - Simpati selamatkan kanak-kanak Syria diculik, diseksa

"Pemandu berkenaan segera berhenti dan keluar. Semasa misi menyelamat, Goodyear terjatuh," lapor portal itu lagi.

Video insiden berkenaan berjaya dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup.

Sementara itu, Koperal John Fakner dari Jabatan Polis Timur Laut berkata, Goodyear yang mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke hospital.

"Kami amat berbangga dengan tindakannya. Ia adalah satu tindak balas segera yang dilakukannya demi menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada kemungkinan tercedera," kata Fakner.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan Pejabat Syerif Daerah Cecil, pemandu tersebut didapati memandu secara cuai, gagal berhenti sebelum memasuki lintasan termasuk di kawasan pejalan kaki.

Lebih buruk lagi, suspek memandu dengan plat pendaftaran tamat tempoh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang