[VIDEO] Perkhabaran duka, anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat

Pengiran Muda Abdul Azim mangkat, Brunei berkabung 7 hari
October 24, 2020

RAKYAT Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar.

Iklan

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.

Pengiran Muda Abdul Azim merupakan putera kedua Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam.

Iklan

Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada tanggal 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

[VIDEO] Perkhabaran duka, anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat
Foto Instagram @tmski
Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pengiran Muda Abdul Azim mangkat, Brunei berkabung 7 hari

Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat peduli terhadap kemanusiaan. Pada tahun 2009, beliau telah membuat sumbangan satu badan amal Make A Wish Foundation UK.

Al Fatihah.

 

View this post on Instagram

 

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi. . Jenazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar. . Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020. . Demikian dengan amat dukacita dimaklumkan. . #bruneiroyalfamily

A post shared by @ bruneiroyalfamily on

About Faizul Hakimi