Penyewa berputih mata, deposit RM13,000 'lesap'! Tuan rumah tanda 300 kecacatan, guna duit untuk ganti kerosakan

No Image Caption
A
A
A



SEORANG penyewa berputih mata apabila pemilik rumah enggan mengembalikan deposit sewa rumah sebanyak RM13,000 dengan alasan beratus-ratus kecacatan yang ditemui.

Menurut laporan MS News, 300 kecacatan yang telah dibuat itu ditanda dengan nota kuning (post-it notes), setelah dia menyerahkan semula rumah tersebut.

Akui penyewa itu, beliau berpindah ke rumah tersebut ketika ia masih baharu dan mengatakan kecacatan terjadi akibat daripada proses memindahkan perabot ke dalam rumah.

Disebabkan kejadian itu, wanita tersebut bertindak berkongsi kisahnya di laman Facebook untuk mendapatkan pandangan warga maya.

Dalam hantaran yang kini tular di negara Thailand, beliau berkongsi foto nota kuning yang melekat di seluruh rumah dengan kecacatan yang ditanda adalah kesan calar, noda dan lekukan di dinding.

Wanita itu menjelaskan, pemilik rumah mengharapkan dirinya membayar ganti rugi, selain mengambil depositnya dengan nilai yang besar.

No Image Caption



Dalam usaha untuk mendapatkan semula depositnya, beliau cuba menyelesaikan beberapa isu yang dinyatakan. Antaranya, mengupah pekerja membaiki kecacatan dengan melakukan pembersihan secara mendalam, mengecat dinding dan memelihara semula taman untuk mengembalikan rumah itu kepada keadaan asal.

Namun, selepas pembaikan, pemilik rumah masih tidak berpuas hati dengan menyatakan cat yang digunakan tidak sepadan dengan warna asal. Bahkan, turut menambah senarai kecacatan baharu.

Selain itu, pemilik rumah memutuskan untuk menggunakan depositnya untuk menggantikan lantai sepenuhnya dan membersihkan rumah secara menyeluruh.

Akhirnya, pemilik rumah mengembalikan RM2,400 yang berbaki.

Meninjau di komen perkongsiannya, rata-rata warganet terkejut dan menyebelahi penyewa tersebut. Malah ada yang menyatakan rumah itu masih kelihatan baharu berdasarkan gambar yang dilihatnya.

Ada juga yang berpendapat tuan rumah sengaja mencari alasan untuk tidak mengembalikan deposit.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang