Perancis umum perintah berkurung ditamatkan esok, rakyat bebas keluar rumah tanpa pelitup muka

ARAHAN perintah berkurung untuk bersama-sama memutuskan jangkitan wabak Covid-19 telah dilaksanakan seluruh negara termasuk di negara kita.

Malaysia juga terpaksa melaksanakan total lockdown sejak 1 Jun lalu selepas peningkatan jangkitan populasi penduduk yang membimbangkan.

Terkini, merujuk statistik kes jangkitan MySejahtera, setakat artikel ini ditulis, sebanyak 678,764 jumlah kes direkodkan dan Selangor paling ramai iaitu 222,249 orang.

Kalau dilihat statistik berkenaan, nampaknya masih jauh lagi untuk kita menurunkan kes jangkitan hingga ke angka sifar seperti yang pernah direkodkan dalam lembaran sejarah negara pada 9 Julai 2020.

Iklan
Iklan

Pun begitu, kita kena percaya satu hari nanti kita akan kembali menjalani kehidupan seperti dulu. Yang penting, semangat kita kena kental dan kuat serta patuhilah arahan kerajaan, jangan degil!

Boleh jadi, kejutan yang diumumkan Perancis baru-baru ini boleh menyemarakkan semangat semua rakyat Malaysia.

Masakan tidak, semua rakyat di Perancis dilaporkan bebas untuk keluar rumah tanpa memakai topeng pelitup muka lagi.

Sebelum ini, Brunei, Denmark dan sebahagian daripada Australia turut mengumumkan pendekatan serupa.

Baca juga Brunei genap setahun bebas koronavirus, kes tempatan terakhir 6 Mei 2020

Baca juga Pelik-pelik ganjaran vaksin untuk rakyat. Ini yang berlaku di Amerika Syarikat dan Thailand

Lapor france24.com, Perdana Menteri, Jean Castex menyifatkan berita ‘pembebasan’ itu sebagai ‘the very good news’ selepas kes jangkitan terendah direkodkan sejak Ogos tahun lalu.

Perancis mencatatkan 3,200 kes berbanding had maksimum 5,000 kes sehari, sekali gus membolehkan rakyat negara itu dibenarkan keluar tanpa topeng pelitup muka.

Pun begitu, pemakaian mask tersebut diwajibkan jika berada di dalam kenderaan awam, stadium atau tempat sesak.

Kerajaan yang dipimpin Presiden Emmanuel Macron itu menyasarkan seramai 35 juta penduduk bakal menerima suntikan vaksin penuh pada Ogos nanti.

Setakat ini, lebih 58 peratus populasi dewasa di sana sudah menerima suntikan vaksin pertama, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 18 tahun pun turut menerima vaksin.

Jika dibandingkan di Malaysia, seramai 4.1 juta penduduk sudah menerima suntikan vaksin, sekurang-kurangnya dos yang pertama dan kedua. Jumlah itu semakin hari semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Mudah-mudahan, kes jangkitan tempatan semakin menurun.

Baca juga Negara Brunei Darussalam 260 hari tanpa kes baru Covid-19, ini antara langkah yang diambil

Apa yang pasti, jika semua patuhi arahan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan, insya-ALLAH Malaysia pun akan mencapai angka sifar untuk jangkitan pada masa akan datang.

Sudah menjadi impian semua supaya dapat bergerak bebas dan yang paling penting, dapat pulang ke kampung menjenguk insan tersayang. #kitajagakita #kitalaluibersama

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

14 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

15 hours ago

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

1 day ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

2 days ago