DENGAN penawaran beberapa ciri-ciri terkini, termasuk sokongan skrin yang sentiasa aktif dan hadir dengan integrasi selular, Apple iWatch membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan serta kekal berhubung walaupun tanpa membawa telefon pintar mereka.

Maka tidak hairanlah ia menjadi kegilaan ramai terutama golongan muda walaupun harga jualan mencecah ribuan ringgit.

Namun, seorang lelaki di London pula dilaporkan mengalami alergi teruk di pergelangan tangan disebabkan tali jam Apple iWatch miliknya.

Menurut The Sun, lelaki yang dikenali sebagai Mat Smith yang tinggal di membeli jam tangan pintar berharga £379 (RM2,117) daripada rakannya sebagai hadiah Krismas baru-baru ini tetapi kulitnya mula mengalami kegatalan beberapa hari selepas memakainya.

Pergelangan tangan seperti dibakar setelah pakai iWatch, ini maklum balas Apple  

Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, tali jam tangan yang diperbuat daripada silikon tersebut membuatkan pergelangan tangannya terasa seperti dibakar dan dikhuatiri meninggalkan parut kekal di kulit.

Iklan

Pada mulanya Smith cuba membasuh tali Apple iWatch Series 6 dengan harapan ia dapat membersihkan kekotoran yang ada.

Namun malangnya usahanya tidak mendatangkan sebarang perubahan.

Iklan

“Saya mengesan berlakunya iritasi di bahagian tali jam tangan itu jadi saya membasuhnya supaya kotoran itu hilang.

“Namun begitu, keadaan kulit saya tetap berasa pedih setiap kali memakai jam itu,” katanya.

Selepas membuat aduan kepada Apple, Smith dimaklumkan menerusi bahagian sokongan laman web itu bahawa sesetengah individu akan mengalami iritasi apabila memakai jam tersebut ekoran penggunaan material tertentu.

Sumber – The Sun