Pesawat terbesar di dunia milik Ukraine musnah diserang Rusia, 10 fakta menarik Antonov AN-225
PESAWAT kargo terbesar di dunia Ukraine, Antonov AN-225 dikhabarkan hancur akibat serangan Rusia. Ketika serangan Rusia bermula, pesawat berkenaan dikatakan berada di Kyiv.
Ia difahamkan berada di sana sejak 24 Februari lalu sedang menjalani proses pembaikan.
Pesawat pengangkut barang komersial gergasi itu sentiasa menjadi tumpuan susulan saiznya yang luar biasa besar. Ia dikatakan pernah membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2007, 2016 dan 2018.
Baca juga: Berdesup 19,000 km/j, China cipta pesawat hipersonik paling laju di dunia
Berikut 10 fakta mengenai Antonov AN-225 :
1. Pesawat Antonov AN-225 diberi nama ‘Mriya’ yang bermaksud ‘mimpi’ dalam bahasa Ukraine.
2. Pesawat tersebut boleh mengangkut kargo sehingga 250 tan (250,000 kilogram). Jika dicongak, pesawat ini mampu membawa haiwan terbesar di dunia iaitu paus biru yang mempunyai berat sekitar 130 hingga 150 tan!
Baca juga: Dari jalan raya ke udara kurang 3 minit, kereta terbang AirCar bakal dijual dalam masa 12 bulan
3. Antonov AN-225 sepanjang 84 meter dan setinggi 18.1 meter. Rentang sayapnya ialah 88.4 meter menjadikan ia pesawat paling lebar di dunia.
4. Pesawat tersebut mempunyai prestasi laju maksimum 850 kilometer sejam (km/j).
5. Antonov AN-225 awalnya digunakan untuk mengangkut kapal pengorbit Buran menggantikan Myasishchev VM-T.
6. Ia terbang pertama kali pada tahun 1988. Pesawat besar ini terbang Buran di dalamnya ketika Paris Air Show 1989.
7. Namun, setelah bubarnya Soviet Union pada tahun 1991 dan program Buran dihentikan, pesawat ini tidak lagi beroperasi. Ia disimpan di Ukraine sehingga kembali beroperasi pada tahun 2001 sebagai pesawat angkut komersial.
8. Pesawat itu telah mencipta lebih 200 rekod dunia, termasuk mengangkat kargo terpanjang di dunia dan kargo terberat. Salah satu darinya ialah pada 2004 apabila Myria menerbangkan saluran paip seberat 247 tan ke Uzbekistan. Pesawat itu telah dikeluarkan dari perkhidmatan pada tahun 1994 dan dibawa semula pada tahun 2001. Sejak itu, ia telah digunakan untuk menghantar bantuan kepada lokasi bencana.
9. Sepatutnya pesawat gergasi itu sepatutnya terdiri dari dua unit. Bagaimanapun projek Antonov AN-225 kedua terbengkalai.
10. Hayatnya berakhir apabila dimusnahkan oleh tentera Rusia dalam serangan udara kedua di lapangan terbang Hostomel (Gostomel) berhampiran Kyiv. Ia dilaporkan terbakar. Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengesahkan kejadian itu.
“Ini adalah pesawat terbesar di dunia, AN-225 'Mriya' ('Dream' dalam bahasa Ukraine). Rusia mungkin telah memusnahkan 'Mriya' kita. Tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan impian kita sebagai sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kami akan menang!,” ciap Kuleba.
This was the world’s largest aircraft, AN-225 ‘Mriya’ (‘Dream’ in Ukrainian). Russia may have destroyed our ‘Mriya’. But they will never be able to destroy our dream of a strong, free and democratic European state. We shall prevail! pic.twitter.com/TdnBFlj3N8
— Dmytro Kuleba (@DmytroKuleba) ?ref_src=twsrc%5Etfw">February 27, 2022
Susulan kejadian #Mriya menjadi trending di laman sosial Twitter yang mana warga maya memberikan penghormatan kepada pesawat itu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: CNN Indonesia, Hot Cars, Sam Chui
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang